ANWAR IBRAHIM BLOG (malay language)

Fokus Untuk Membela Rakyat
Saya mengadakan beberapa siri pertemuan dengan wakil rakyat dan pimpinan KeADILan Pulau Pinang petang semalam.

Di antara mauduk tumpuan saya adalah:

-Memelihara kewibawaan pimpinan dari segi moral, kecekapan dan prestasi kerja. Kesibukan dalam urusan pemerintahan dan sering bermesyuarat tidak wajar dijadikan alasan untuk kurang terjun keakar umbi atau lewat jadual kehadiran.

-Peka dengan tuntutan setiap lapisan masyarakat dari semua kaum. Kita perlu mampu menggarap permasalahan masyarakat Melayu, Cina dan India.

-Memperkukuh parti, muafakat Pakatan Rakyat dan jaringan lembaga swadaya masyarakat.

Lantaran permasalahan Melayu terutama dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial, maka disyorkan supaya diselenggarakan pertemuan dengan pendidik Melayu, pendakwah dan jawatankuasa masjid serta pengusaha dan peniaga Melayu terutama di peringkat menengah, peniaga dan penjaja.

Pakatan Rakyat Semakin Hampir Ke Putrajaya
Rata-rata pengunjung giat bertanyakan tentang bila kita bakal mengambil alih pentadbiran di Putrajaya. Pokoknya, kita semakin hampir ke sana. Kelmarin di Pulau Pinang telah saya tegaskan, beberapa teman dari MCA bakal beralih arah.

Insha-Allah, berkat usaha dan doa sdr/i, masanya akan tiba. Saya komited, jika sekiranya hari ini kita memegang tampuk kuasa, esok harga minyak akan diturunkan!

Turun Harga Minyak Tidak Realistik?
Sepanjang ingatan saya, perhimpunan rakyat semalam di Stadium Pulau Pinang adalah yang julung kali diadakan. Ketua Menteri Lim Guan Eng, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan sdr. Mohamad Sabu turut berucap.

Isu yang saya bangkitkan dan sekaligus menjawab soalan para pengunjung: Kaedah penurunan harga minyak.

Lumrah diakui kenaikan terlalu tinggi dan mendadak. Jika sedemikian, penurunan adalah wajar.
Yang dibicara adalah subsidi, tidak pendapatan negara yang melimpah akibat kenaikan di pasaran antarabangsa.

Dana hasil minyak dibelanja untuk apa? Bail-out keluarga, kontrak suadara-mara? Formula 1? Orkestra Filharmonik? Jet peribadi RM 200 juta?

Jika dijawab dan ditangani, pasti harga minyak bisa diturunkan.

Anwar Ibrahim

No comments: