Syed Hamid patut cuba “solitary confinement” sendiri

Hari ini adalah hari pertama saya masuk ke pejabat saya di Bangunan Salahudin di Shah Alam selepas saya ditahan di bawah ISA selama seminggu. Bila saya masuk ke pejabat saya, saya diberitahu oleh pembantu saya tentang laporan akhbar daripada Utusan Malaysia mengenai kenyataan makanan anjing yang disiarkan dalam Utusan Malaysia.

Seperti biasa, bila Utusan Malaysia ingin mengheboh-hebohkan sesuatu isu untuk memburukkan imej saya dan sesiapa dalam Pakatan Rakyat, mereka akan menyiarkan banyak wawancara dan memutar-belitkan isu dan kenyataan seseorang.

Saya tidak faham kenapakah kenyataan saya mengenai makanan yang buruk di pusat penahanan saya itu dijadikan isu. Apa yang saya kata dalam sidang akhbar pada hari pembebasan daripada ISA saya ialah, saya kata makanan di pusat penahanan itu teruk, “slightly better than dog food”. Inilah kenyataan yang benar. Pusat penahanan ISA yang saya dikurung itu juga untuk sesetengah penjenayah, apa yang kita boleh harap daripada pusat penahanan seperti ini? Inilah sifat kata terhadap makanan yang teruk, kenapakah Utusan Malaysia jadikan ini sebagai isu dan cuba memburukkan imej saya sekali lagi?

Seorang kawan saya email kepada saya dan berkata, kadang-kadang, makanan anjing adalah lebih mahal daripada makanan manusia. Ini bergantung kepada jenis anjing yang dipelihara oleh manusia. Seorang blogger juga meletakkan komen yang sama di blog saya. Mereka minta saya tidak perlu risau tentang kenyataan “dog food” tersebut. Ha ha!!

Hari ini, YB Murugiah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menziarahi saya bersama dengan pegawainya di Biro Pengaduan Awam di pejabat exco saya di Shah Alam. Beliau datang menziarahi saya untuk mengetahui tentang keadaan makanan dan keadaan perkurungan persendirian yang dialami oleh saya. Lepas itu, kami berdua pun adakan sidang akhbar bersama mengenai isu makanan di pusat penahanan ini.

Saya amat berterima kasih kepada beliau atas keprihatinan beliau terhadap aduan yang dikemukakan oleh saya. Beliau juga agak kecewa terhadap cara Utusan Malaysia yang cuba memutar-belitkan isu tersebut kerana beliau pernah menonton berita TV, beliau pernah dengar sendiri tentang kenyataan saya. Saya berkata kepada beliau, orang yang ditahan di bawah ISA ini bukannya penjenayah, jadi layanan yang diberi kepada kami ini seharusnya lebih baik daripada layanan yang diberi kepada penjenayah. Kami tidak patut dimasukkan dalam perkurungan persendirian kerana kehilangan kebebasan itu adalah cukup pahit bagi seseorang.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Syed Hamid kata makanan yang disediakan di dalam pusat penahanan ISA adalah menemui “standard antarabangsa”. Saya rasa kenyataan yang dibuat oleh Syed Hamid sejak saya dibebaskan adalah semakin lucu. Pada hari selepas saya dibebaskan, beliau berkata bahawa siasatan polis menunjukkan bahawa saya tidak lagi mengancam keselamatan di negara ini. Semalam dia membuat lagi kata-kata tersebut.

Tengok, dua orang menteri menangani aduan saya ini dengan cara yang berbeza. Murugiah datang berjumpa dengan saya dengan tujuan untuk membetulkan keadaan di pusat penahanan, manakala Syed Hamid berkata makanan yang disediakan memenuhi “internationl standard”.

Saya ingin cadangkan kepada Syed Hamid, cuba masuk ke pusat penahanan “solidary confinement” yang saya tahan itu sendiri, saya hanya ingin minta beliau cuba duduk sana dua hari. Lepas itu, beliau keluar dan beritahu kita semua samada penahanan dan makanan yang disediakan itu memenuhi “international standard” ataupun tidak.

Laporan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada hari ini ditunjukkan seperti di bawah.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0922&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_10.htm&arc=hive

source: Teressa Kok

No comments: