Guan Eng, PAS ucap takziah kepada keluarga Kugan

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi orang pertama menandatangani takziah kepada keluarga pemuda India A. Kugan sempena majlis pelancaran ucapan takziah dan simpati anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Tanjung di pejabatnya tingkat 28 Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) pagi semalam.

Orang ke dua dan ketika berbuat demikian ialah Timbalan Ketua Menteri 2, Profesor Dr P. Ramasamy serta Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kasim.

Demikian kata, Pengerusi Lajnah tersebut, Rasidi Salim pada Harakahdaily dan menurutnya, kertas tandatangan itu akan disebarkan kepada keseluruhan rakyat di sekitar Tanjung tanpa mengira warna kulit, agama mahupun fahaman politik.

"PAS Tanjung ucap terima kasih pada Ketua Menteri, Timbalannya dan Abdul Malek Abul Kasim kerana sudi melapangkan masa bersama kami melancarkan program tersebut, " jelasnya.

Seandainya pihak polis mengamalkan kerja yang baik dan sopan beliau yakin kes sebegini tidak akan berlaku dan berharap ia menjadi pedoman kepada pasukan keselamatan supaya tidak mengulangi kesalahan seumpama itu.

Tambah Rasidi lagi, harapannya PAS di seluruh kawasan di Pulau Pinang kena prihatin dengan mengumpul sebanyak mungkin tandatangan daripada rakyat yang tidak suka kepada kezaliman.

"Saya cadangkan PAS Kawasan lain di Pulau Pinang bertindak serupa dengan kami untuk menghimpun sebanyak mungkin tandatangan membantah tindakan polis yang menyebabkan kematian mendiang K.Kugan, " terangnya.

Perjuangan PAS bukan untuk orang Melayu Islam sahaja malahan kini untuk semua yang berminat bersama memperjuangkan hak yang adil dan saksama.

Jika mereka Islam kata Rasidi, memang kita alu-alukan tetapi jika tidak mereka boleh membantu dan melancarkan kempen jom sokong PAS yang dilancarkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang menerusi Kelab Penyokong PAS.

"Inilah yang dikatakan hikmah dalam perjuangan kejayaan akan meniti pintunya jika umat Islam yang menjadi pengerakan bertindak adil tanpa mengharap pembalasan, " kata Rasidi.

Harakah
30/01/09

No comments: