Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.
Pada ketika ini pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib.
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang / Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)
YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)
YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

























0 comments:
Post a Comment