Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


The REAL 1MALAYSIA SONG

Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

KEEP VOTING FOR BN, THIS SORT OF LIFE YOU HAVE INSTORE FOR YOUR CHILDREN? VOTE FOR A CHANGE

Re-Introduce Ration Card System to show government's sincerity in helping the poor.

Reformasi telah bermula di Kuala Kangsar

Setelah lebih sepuluh tahun reformasi berkaitan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kali ini berlaku peristiwa seumpamanya berkaitan pemecatan tidak sah Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Jika gelombang reformasi tahun 1998 berlaku di Kuala Lumpur kemudian merebak ke seluruh negara, reformasi kali ini berlaku di Kuala Kangsar dan bakal merebak ke seluruh Perak, malah mungkin ke seluruh negara. Sekiranya reformasi sebelum ini kerana tidak puas hati dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, reformasi kali ini disebabkan tidak puas hati dengan Sultan Perak dan pimpinan Umno. Yang sama, kedua-dua reformasi itu tercetus disebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang membuak-buak terhadap ketidakadilan.

Dalam reformasi tahun 1998, Dr Mahathir yang mengukir nama baiknya hampir 18 tahun sekali tersalah tindakannya, nama beliau menjadi busuk dan dibenci oleh ramai rakyat Malaysia.

Demikianlah juga Sultan Perak yang telah memerintah hampir 25 tahun sebagai Sultan yang dihormati, sekali beliau bertindak secara tidak adil rakyat Perak kiri dan kanan sudah mula mencemuh.

Dikatakan Sultan Perak dan Raja Muda begitu terkejut dengan reaksi rakyat Perak menentang tindakan baginda.

Baginda menyangka bahawa rakyat Perak akan akur dengan keputusannya, tetapi peristiwa di Kuala Kangsar ini sememangnya di luar dugaan baginda. Kedudukan baginda sama seperti kedudukan Dr Mahathir pada tahun 1998.

Baginda Raja Muda Nazrin yang menaiki takhta dengan melangkaui giliran pastinya terkejut keretanya telah dibaling batu oleh para penunjuk perasaan. Baginda yang sejak sehari dua ini bertitah dengan tulus dan mulus menyatakan peranan Raja yang mesti mendukung keadilan, dapat melihat sendiri apabila rakyat memberontak setelah dirasakan Raja tidak adil dan berpihak.

Sehari dua ini kalau baginda turun kepada rakyat, tidak mustahil peristiwa yang berlaku kepada Bush akan turut berlaku kepada baginda. Cuma rakyat Perak mungkin tidak baling kasut sebab ramai di kalangan mereka yang tidak berkasut cuma berselipar. Kalau rakyat Perak membaling selipar apalagi jenis selipar jamban, maka sudah tentu Raja Nazrin akan rasa lebih terhina.

Demikianlah juga ayahanda Baginda Sultan Azlan, baginda juga pasti terkejut apabila rakyat sudah berani mempertikaikan kewibawaan baginda. Dalam laman-laman web kutukan demi kutukan telah dilempar kepada Sultan Azlan. Malah lebih mengejutkan lagi dalam web rasmi Sultan Perak, rakyat telah mencaci nista baginda di dalam buku pelawat web tersebut.

Perkataan-perkataan yang dilempar kepada Dr Mahathir, kini dilemparkan pula kepada Sultan Azlan. Sambutan 25 tahun baginda di atas takhta telah dicemari dengan kemarahan rakyat. Sepanjang 25 tahun baginda dihormati, kali ini rakyat tidak lagi menghormati baginda malah dicaci nista oleh mereka.

Dalam artikel kami yang lalu, kami telah menyatakan kalau Sultan Perak memilih untuk untuk menerima pandangan BN, maka sejarah hitam akan terpalit dalam 25 tahun pemerintahan baginda. Rakyat sekarang bukan lagi rakyat yang tidak bijak. Mereka telah mendapat ilmu setaraf dengan baginda, malah mungkin lebih.

Rakyat hari ini telah menolak propaganda media sebagaimana yang dilakukan dalam pilihan raya umum dan dua pilihanraya kecil yang lalu. Mereka telah mendapat berita dari pelbagai sumber.

Minda politik mereka telah beranjak kepada minda politik kelas pertama seperti di negara maju. Golongan yang sebaya dengan Baginda Sultan Perak ramai yang telah kembali menemui Allah, justeru rakyat baginda sekarang benar-benar telah berubah.

Peringatan yang diberikan oleh Mursyidul Am Pas, supaya Sultan Perak meneliti keputusan baginda supaya selaras dengan kehendak rakyat seharusnya diberi perhatian. Sekiranya tidak peristiwa yang berlaku hari ini adalah natijahnya. Lebih daripada itu, sebagaimana yang disebutkan oleh Mursyidul Am Pas, kemungkinan sistem beraja di negara ini akan turut menjadi sejarah sebagaimana yang telah berlaku di negara-negara lain.

Tindakan baginda dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk di kalangan vateran Umno sendiri seperti Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Rais Yatim. Demikian juga dengan Suhakam, turut mempertikaikan pembentukan kerajaan BN yang tidak sah ini.

Reformasi kali kedua ini mewarisi semangat reformasi kali pertama. Rakyat bangun menyatakan bantahan atas ketidakadilan. Kali ini mereka tidak mempedulikan siapa, kerana jelas kemarahan mereka ditujukan kepada Sultan Perak selain daripada pimpinan Umno.

Biarpun media massa memainkan peranan untuk mengelirukan rakyat bahawa Nizar dan penentang keputusan Sultan ini sebagai derhaka, hari ini telah diterima umum derhaka kepada kezaliman itu sesuatu yang mulia.

Zaman feudalisme dunia dan negara ini telah lama berlalu. Sekiranya Hang Tuah dan Hang Jebat menjadi calon Menteri Besar Perak sekarang, rakyat hari ini akan memilih Hang Jebat.

Sebagaimana propaganda media memburuk Anwar dan mewajarkan tindakan Dr Mahathir semasa reformasi 1998 tidak ditelan oleh rakyat, maka dipercayai propaganda media pada kali ini juga tidak akan berkesan.

Betapa lagi kalau Pakatan Rakyat bertindak bijak sepertimana tindakan mereka tahun 1998 yang lalu. Kalaupun kerajaan haram BN tidak tumbang, nama pemimpin mereka termasuklah nama Istana Perak akan terus buruk di mata rakyat.

Hari ini bukan sekadar zaman feudal telah berlalu, tetapi zaman politik perkauman juga hampir tamat. Faktor ini akan menjadikan reformasi kali kedua ini mungkin lebih berjaya. Cuma mungkin bahangnya hanya dirasai di Perak tidak di negeri yang lain.

Harakahdaily
07/02/09

0 comments:

Singapore Free Air TV - What does RTM and monopolist Media Prima provides to Indian community?

BOYCOTT MALAYSIAN TV STATIONS CAMPAIGN!!!

BOYCOTT ALL ADVERTISEMENTS SHOWN IN THESE STATIONS - TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8 & TV9

WE SHOULD TEACH THESE MORONS A LESSON.

WHY SHOULD YOU VOTE FOR THE GOVERNMENT THAT PRACTICES DISCRIMINATORY POLICIES?

Every Mondays to Fridays Singapore TV station (Vasantham) provides free programmes to Indian communities from 3.00 pm to 12.00 midnight

Every Saturdays and Sundays the programmes starts at 1.00 pm to 12.00 midnight.

Look at the contribution of Malaysian government TV (RTM), TV1 & TV2 serving Indian community in Malaysia.

Malaysian Monopolist Media Prima (TV3, NTV7, TV8 & TV9) serves "0" programmes for Indian community.
How Malaysians watch their pathetic and idiotic programmes?

How shall we deal with these racists?

They are not bothered of the existence of Indian communities in Malaysia.

How does MIC deals with this problem? As usual no issue for them.

It is high time for Indians to demand for a FREE AIR TV station for their own community as they have been deprived by their own government to serve minority community.

If Singapore government is very concerned of minority community, why not Malaysian govt. Why Malaysian govt has to practice discriminatory policies?

Vasantham: Singapore Channel E24 (Tamil)

All Indians in Malaysia should unite to overcome the discrimination towards Indians in Malaysia.

mi1 is going to highlight this issue until 13th General Election and till Indians in Malaysia been awarded a new Free air TV station from Malaysian government.


Companies that practices discrimination against minorities

Google