Khir Toyo nafi tuduhan; TP SPRM Selangor ambil Cuti Kecemasan

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) Selangor, Hishamuddin Hashim "yang disebut namanya dalam "surat misteri" yang tersiar semalam, telah mengambil "cuti kecemasan" (emergency leave) pada hari ini.

Wartawan MerdekaReview cuba menemuramah beliau berhubung kait tuduhan dalam "surat misteri" yang didedahkan dalam "Malaysia-Today", di pejabat beliau. Namun, staf pejabatnya memberitahu bahawa beliau telah mengambil cuti, dan tidak akan masuk ke pejabat pada hari ini.

Maka, wartawan gagal mendapat respon beliau berkenaan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, sebagaimana yang disiarkan dalam "surat" tersebut.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo (gambar kiri) yang dikaitkan dengan "komplot menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor" dalam "surat misteri" yang terdedah semalam, menafikan segala tuduhan dalam blognya.

Beliau kini berada di Mekah, mendakwa bahawa sagala tuduhan dalam surat misteri tersebut berbentuk fitnah dan tohmahan, malah memaklumkan bahawa beliau akan membuat laporan polis setelah kembali ke tanah air.
M2day
22/08/09

No comments: