Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


The REAL 1MALAYSIA SONG

Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

KEEP VOTING FOR BN, THIS SORT OF LIFE YOU HAVE INSTORE FOR YOUR CHILDREN? VOTE FOR A CHANGE

Re-Introduce Ration Card System to show government's sincerity in helping the poor.

Keluar BN untuk kembalikan maruah, Ketua Pemuda Gerakan

Maruah hanya boleh dikembalikan dengan keluar Barisan Nasional, demikianlah pandangan Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, sambil menambah "kini masa terbaiknya untuk Gerakan keluar dari BN."

"Seandainya (keluar BN) selepas PRU, atau ketika gambar Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) dikoyak, maka akan dituduh sebagai tindakan yang didorong emosi, atau bagaikan kacang lupakan kulit. Saat-saat itu bukanlah masa terbaik untuk meninggalkan BN," katanya.

Beliau menyambung, "Kini, setelah dua tahun bertenang, dan sudah jelas keadaannya, maka perlulah kita meninggalkan BN secara berstrategi. Alasannya, senario tidak berubah, BN juga tidak berubah. Sudah tiba masanya untuk tinggalkan BN."

Demikianlah kata-kata yang diluahkan oleh Lim Si Pin ketika mengetuai rombongan lawatan ke pejabat Sin Chew Daily, pada 3 Mac yang lalu. Walau bagaimanapun, ini hanyalah "pandangan peribadi" Lim Si Pin, yang enggan dipetik atas kapasiti "Ketua Pemuda Gerakan".

Mungkin gagal bertanding di Batu

Lim Si Pin (gambar kiri), juga anak kepada Penasihat Gerakan Lim Keng Yaik, bertanding menentang Tian Chua, Pengarah Strategi PKR sekarang, di kawasan parlimen Batu pada PRU ke-12. Lim Si Pin tewas dengan majoriti 9,455 undi dalam "tsunami politik" tersebut, walaupun calon Gerakan, Ng Lip Yong pernah menang dengan majoriti 11,517 undi di kawasan yang sama, menentang lawan yang sama dalam PRU ke-11.

Baru-baru ini, BN Bahagian Batu yang asalnya dipengerusikan Gerakan, diambil alih oleh Ketua UMNO Bahagian Batu, Yahya Mat Ghani. Perkembangan ini memberi isyarat bahawa BN mungkin meletakkan calon UMNO di Batu, lebih-lebih lagi Tian Chua kini disabit dengan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM3,000, yang mungkin memberi laluan kepada PRK, seandainya rayuannya tidak diterima.

Bagaimanapun, Lim Si Pin menganggap dirinya masih berpeluang, seandainya UMNO menghormati "semangat bermusyawarah" dalam BN. Sekiranya UMNO mengambil alih Batu dari Gerakan, ia bakal mencungkil keraguan parti komponen BN yang lain, kecuali UMNO sanggup menggantikan Batu dengan kawasan pengundian yang lain, katanya.

"Kalau UMNO masih menghormati semangat BN, kawasan pengundian akan diberikan kepada pemilik asalnya. Penyokong akar umbi telah menunjukkan ketidakpuasan. Seandainya calon disingkir dengan cara sedemikian, ia bermaksud perkhidmatan sejak dua tahun lalu telah disia-siakan begitu sahaja," jelasnya.

Malah, beliau tidak senang dengan khabar kononnya Pengerusi baru BN akan menubuhkan pusat perkhidmatan baru. "Dua pusat perkhidmatan BN dalam satu kawasan pengundian, keadaan ini akan mengelirukan pengundi," katanya.

Mana pendirian Gerakan?

Jelas, Ketua Pemuda Gerakan ini serba salah ketika berdepan dengan isu-isu besar negara. Beliau mengimbas bagaimana bapanya, bekas Presiden, Lim Keng Yaik bertemu dengan ahli parlimen Gerakan sekali setiap bulan untuk menjelaskan pendirian Gerakan. Tetapi, Presiden sekarang Koh Tsu Koon ternyata terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk menguruskan hal parti, katanya.

"Jadi, anda tengok, ahli parlimen Gerakan tidak bersuara ketika mesyuarat bersidang, kerana khuatir semakin banyak yang diperkatakan, semakin banyak pula kesilapan yang dilakukan. Isu-isu seperti GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), kalimah 'Allah', apakah pendirian kami (Gerakan) ?"

Malah, Lim Si Pin mendedahkan bahawa dirinya "diambil tindakan" kerana menyerah memorandum kepada Yang di-Pertuan Agung berhubung isu bantahan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tahun lalu. Lim sebelum itu berjanji untuk menyertai demonstrasi Mansuhkan ISA pada 1 Ogos, tetapi menarik diri setelah perhimpunan tersebut diharamkan oleh polis. Beliau memilih untuk menyerah memorandum di istana, sehari sebelum demonstrasi tersebut diadakan.

Pada bulan yang lalu, Lim Keng Yaik menarik perhatian apabila meramalkan bahawa Gerakan tidak akan berjaya untuk merampas semula kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang, dalam satu wawancara bersama Edge Financial Daily.

Bagaimanapun, kenyataan Lim Si Pin "sudah tiba masanya untuk keluar BN" tidak mencetus perbincangan yang hangat setelah seminggu dilontarkan, memandangkan ia bukan sesuatu yang baru. Cadangan ini pernah dilontarkan oleh Gerakan, malah Presiden MCA sekarang, Ong Tee Keat, tetapi tidak berbuahkan hasil.

MR
11/03/10

0 comments:

Singapore Free Air TV - What does RTM and monopolist Media Prima provides to Indian community?

BOYCOTT MALAYSIAN TV STATIONS CAMPAIGN!!!

BOYCOTT ALL ADVERTISEMENTS SHOWN IN THESE STATIONS - TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8 & TV9

WE SHOULD TEACH THESE MORONS A LESSON.

WHY SHOULD YOU VOTE FOR THE GOVERNMENT THAT PRACTICES DISCRIMINATORY POLICIES?

Every Mondays to Fridays Singapore TV station (Vasantham) provides free programmes to Indian communities from 3.00 pm to 12.00 midnight

Every Saturdays and Sundays the programmes starts at 1.00 pm to 12.00 midnight.

Look at the contribution of Malaysian government TV (RTM), TV1 & TV2 serving Indian community in Malaysia.

Malaysian Monopolist Media Prima (TV3, NTV7, TV8 & TV9) serves "0" programmes for Indian community.
How Malaysians watch their pathetic and idiotic programmes?

How shall we deal with these racists?

They are not bothered of the existence of Indian communities in Malaysia.

How does MIC deals with this problem? As usual no issue for them.

It is high time for Indians to demand for a FREE AIR TV station for their own community as they have been deprived by their own government to serve minority community.

If Singapore government is very concerned of minority community, why not Malaysian govt. Why Malaysian govt has to practice discriminatory policies?

Vasantham: Singapore Channel E24 (Tamil)

All Indians in Malaysia should unite to overcome the discrimination towards Indians in Malaysia.

mi1 is going to highlight this issue until 13th General Election and till Indians in Malaysia been awarded a new Free air TV station from Malaysian government.


Companies that practices discrimination against minorities

Google