Melayu Pulau Pinang Merempat Sejak Zaman BN/UMNO Lagi

Setahu saya, kaum Melayu di Pulau Pinang sudah jadi melukut di tepi gantang semenjak zaman Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang lagi. Bukankah semenjak zaman Barisan Nasional 50 tahun sebelum ini, Melayu Pulau Pinang semakin pupus. Melayu Pulau Pinang juga terpinggir dari segi ekonomi sehingga tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Cuba ingat, berapa banyak kedai Melayu di Pulau Pinang berbanding dengan kedai milik bangsa lain sewaktu UMNO/BN memerintah dahulu?
Bukankah ramai orang Melayu terpaksa berpindah dari Pulau Pinang dan duduk di Kulim dan Mahang sebab sudah tidak mampu duduk di Pulau? Bukankah ini berlaku sewaktu UMNO/BN memerintah Pulau Pinang?
Pokoknya Melayu merempat sewaktu UMNO/BN memerintah Pulau Pinang, bukannya sewaktu Pakatan Rakyat menjadi kerajaan.
Sekarang, UMNO menyimpan wang bantuan warga tua yang dikembalikan kepada mereka oleh pakcik2 dan makcik2 yang tertipu dengan propaganda murahan UMNO.
MAna duit2 tu semua wahai UMNO????
Malaysian waves
13/10/10

























0 comments:
Post a Comment