Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


The REAL 1MALAYSIA SONG

Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

KEEP VOTING FOR BN, THIS SORT OF LIFE YOU HAVE INSTORE FOR YOUR CHILDREN? VOTE FOR A CHANGE

Re-Introduce Ration Card System to show government's sincerity in helping the poor.

Debat Anwar-Najib

Wan Hamidi is a veteran journalist who has a penchant for rock music.

14 JAN — Janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu rakyat menerusi Program 100 Hari Pakatan Rakyat akan menelan belanja RM19 bilion. Janji Datuk Seri Najib Razak pula adalah melalui projek-projek terbaru di bawah Program Transformasi Ekonomi yang dikatakan akan menarik pelaburan RM67 bilion.

Setakat ini, kedua-dua tokoh politik itu hanya berjanji, belum tentu berjaya atau tidak.

Najib telah mendakwa janji Anwar akan merosakkan ekonomi dan menjadikan negara muflis. Anwar yang tidak puas hati dengan tuduhan Perdana Menteri itu telah mencabarnya untuk berdebat.

Walau pun terus menuduh janji Anwar sebagai populis dan tidak berpijak di bumi nyata, Najib bagaimana pun tidak sanggup menerima cabaran debat dengan Ketua Pembangkang itu.

Sebelum isu ini melalut menjadi bangsawan cabar-mencabar, elok diteliti dahulu latar belakang masalah ini yang melibatkan setiap individu warga Malaysia.

Bagi Anwar, beliau yakin Pakatan yang buat masa ini terdiri daripada PKR, PAS dan DAP, jika mengambil alih Kerajaan Pusat, hanya memerlukan RM19.2 bilion untuk melaksanakan janji-janji Pakatan dalam masa 100 hari pertama pentadbiran:

• Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA);

• Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol;

• Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas, IPP) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

• Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang;

• Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

• Menyediakan perkhidmatan Internet WiFi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar;

• Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda;

• Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus;

• Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman; dan

• Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Menolak dakwaan Najib, Anwar menjelaskan: “Tuduhan Najib bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah negara.”

“Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7 peratus dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.”

Untuk melaksanakan janji Pakatan, Anwar berhasrat menggunakan serampang dua mata:

* Perangi habis-habisan menentang rasuah yang diaharap dapat menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah sebagaimana yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara; dan

* Penstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat di mana RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh Petronas untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan, dan penyemakan semula sistem konsesi tol untuk memansuhkan pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Anwar yakin dua tindakan itu sahaja sudah cukup untuk memulangkan RM51 bilion kepada rakyat yang mana hanya 30 peratus sahaja dari jumlah itu akan digunakan untuk:

i. Imbuhan khas guru berjumlah RM500 sebulan setiap seorang menelan belanja RM3.2 bilion setahun;

ii. Kekalkan subsidi minyak untuk golongan berpendapatan rendah yang akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi dengan anggaran kos RM4 bilion setahun;

iii. Kekalkan subsidi gas memasak, juga dengan anggaran kos RM4 bilion setahun; dan

iv. Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.

“Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun.

“Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim WiFi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan,” tambah Anwar.

Najib bagaimana pun enggan melayan cabaran debat. Sudah cukup untuk beliau berpegang kepada ETP yang dilancarkannya pada 25 Oktober 2010 dengan 18 projek permulaan dan tambahan 19 lagi baru-baru ini.

“Bukan saya menolak (untuk berdebat), yang penting sekali adalah rakyat yang boleh menilai antara dua, kita akan buat pembentangan kita, manakala dia (Anwar) buat pembentangan dia.

“Kita boleh buat macam-macam penilaian atas perancangan, biar rakyat menentukan. Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu, saya tak nampak ada hasil sebab yang penting adalah penilaian daripada rakyat,” kata Perdana Menteri kepada pemberita baru-baru ini.

Memang mudah untuk Najib berkata demikian kerana media arus perdana — akhbar nasional, TV dan radio — tidak pernah dan tidak akan membuka ruang untuk apa-apa cadangan atau kritikan dari pihak Pakatan.

Bagi Anwar pula, debat terbuka di antara beliau dan Najib adalah salah satu ruang utama untuk menyampaikan pandangan, program dan perencanaannya kepada umum.

Dalam hal ini, mungkin para penyokong Pakatan lebih arif mengapa Najib enggan berdepan dengan Anwar dalam ruang debat terbuka.

Sepatutnya jika Najib serta barisan kepimpinan Umno dan BN yakin dengan iltizam mereka untuk memastikan kejayaan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, tidak ada sebab mengapa Perdana Menteri takut untuk berdepan dengan Anwar.

Kalau benar janji-janji Pakatan hanya angan-angan Mat Jenin, ruang debat akan memberi peluang kepada Najib untuk membuat pukulan maut terhadap pembangkang yang sering didakwa oleh Umno dan BN sebagai penabur janji palsu.

Atau pun, jika tidak sanggup berdebat, laksanakan sahaja janji-janji 100 hari Pakatan. Kalau dilaksanakan mulai sekarang, sebelum akhir April ini, rakyat akan bersorak gembira menyokong BN kerana benar-benar merasakan diri didahulukan.

Tepuk dada tanya selera. Siapa lebih penting: Pakatan, BN atau rakyat?

0 comments:

Singapore Free Air TV - What does RTM and monopolist Media Prima provides to Indian community?

BOYCOTT MALAYSIAN TV STATIONS CAMPAIGN!!!

BOYCOTT ALL ADVERTISEMENTS SHOWN IN THESE STATIONS - TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8 & TV9

WE SHOULD TEACH THESE MORONS A LESSON.

WHY SHOULD YOU VOTE FOR THE GOVERNMENT THAT PRACTICES DISCRIMINATORY POLICIES?

Every Mondays to Fridays Singapore TV station (Vasantham) provides free programmes to Indian communities from 3.00 pm to 12.00 midnight

Every Saturdays and Sundays the programmes starts at 1.00 pm to 12.00 midnight.

Look at the contribution of Malaysian government TV (RTM), TV1 & TV2 serving Indian community in Malaysia.

Malaysian Monopolist Media Prima (TV3, NTV7, TV8 & TV9) serves "0" programmes for Indian community.
How Malaysians watch their pathetic and idiotic programmes?

How shall we deal with these racists?

They are not bothered of the existence of Indian communities in Malaysia.

How does MIC deals with this problem? As usual no issue for them.

It is high time for Indians to demand for a FREE AIR TV station for their own community as they have been deprived by their own government to serve minority community.

If Singapore government is very concerned of minority community, why not Malaysian govt. Why Malaysian govt has to practice discriminatory policies?

Vasantham: Singapore Channel E24 (Tamil)

All Indians in Malaysia should unite to overcome the discrimination towards Indians in Malaysia.

mi1 is going to highlight this issue until 13th General Election and till Indians in Malaysia been awarded a new Free air TV station from Malaysian government.


Companies that practices discrimination against minorities

Google