Untukmu Rakyat Sarawak

Menjelang pilihanraya kali ini di Sarawak, ia telah membangkitkan pelbagai isu, sehingga mengujudkan suatu senariio yang agar luar basa. Bila PR mendapat sokongan hebat dan gedang bunyian meruntuhkan BN semakin memekak telinga rakyat. Malah pihak berlawanan BN juga menggunakan strategi menghampiri rakyat, ia itu konsep mesra rakyat semata mata memberikan imej yang selesa, toleransi, strategi baru in untuk menghampiri pengundi Tionghua di kawasan Bandar, Team team 1 Malaysia memperkenalkan budaya `Enjoy first ’ suatu strategi mengkaburkan pemikiran rakyat. . Sejauhmanakah pendekatan ini dapat menarik sokongan dari pengundi yang bebilang keturunan?? Adalah difahami penganjuran pesta 1 Malaysia yang misteri ini tidak medatangkan perfahaman erti demokrasi, hak suara rakyat, hak hak rakyat, tetapi Cuma membutakan rakyat pilihan raya cumalah suatu hiburan untuk rakyat.

Nampaknya BN tidak dapat membezakan sikap pengundi diantara dua benua, antara Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.

1) Pilihan raya di Sarawak telah membangkitkan suara rakyat menentang rejim, penyalahgunaan kuasa , pengawalan hak kebebasan, kebebasanan beragama dibenamkan selama 30 diungkit semula. Pilihanraya ini juga menyatu padukan rakyat berjuang untuk kebebasan beragama, menuntut hak keagamaan asasi rakyat, tidak kurang juga pihak gereja mengambil pihatin dalam bahagian dan pendekatan mereka. Jadi nampaklah gejala ``Kristian VS BN ‘’ tetapi bukan PR VS BN . . Sekirannya BN gagal bertoleransi dalam isu sensitive ini, nescaya glongan muslim di semenanjung juga akan terasa malu atas penindasan oleh BN ini. .

2) Budaya video seks diupamakan budaya politik jijik. Budaya kotor yang dicaci masyarakat umum, Vdeo Seks Tiada menjadi modal marah rakyat di Sarawak terhadap Anwar, penggunaan strategi video seks cumalah isu pribadi, isu personal antara Anwar dengan Najib, tetapi bukanlah isu kena mengena dengan perjuangan demokrasi. Hak asasi rakyat , Intigriti dan perpaduan, ia tidak mendatang kan apa apa faedah terhadap pembangunan negara.

3) Mentaliti dan perasaan pengundi di Sarawak adalah berbeza dengan si Semenanjung, tambahan pula budaya berlaianan jika dibandingkan dengan pengundi Sarawak, majoriti pengundi di Sarawak adalah golongan beragama kristian. Pilihanraya kali ini lebih tertumpu kepada kebebasan beragama, hak hak keagamaan di Sarawak. Sebahagian rakyat menentang BN adalah ingin membebaskan diri dari cengkaman kekecohan dan penyalahgunaan kuasa Kementerian Dalam Negeri terhadap agaa yang diamalkan oleh mereka. Pilihan raya kali boleh disifatkan bagai puak Kristian VS BN.

4) Ketampilan Ummi Hafilda di masyarakat berbangsa Malay-Melanau cuba memburukkan imej Anwar Ibrahim, kehadiran Ummi ini tidak lah memberikan apa kah pengertian demokrasi tetapi menyebarkan maklumat negative, tanpa memberikan asa demokrasi terhadap rakyat, strategi ini menaburkan sikap hasab dengki di kalangan masyarakat. Kedatangan Ummi Halfida cuma memberikan gambaran BN menggunakan maki hamun untuk menakutkan rakyat terhadap Anwar tetapi bukan kelompok politik yang bernama PR . Ini juga isu personal antara Ummi dengan Anwar, kenapalah dibawa dalam gelangan politik? Pilihanraya adalah suci , menjunjung hak rakyat tetapi kewujudan Umi bukannya boleh mendatangkan apa apa faedah tentang pembangunan negara, pembetulan dalam corak pemerintahan yang rasionalitik , tatapi pilihanraya dijadikan jentera menabur fitnah yang tidak sihat.

5) Orang Utan berkeliaran dalam hutan rimba, tiba tiba mati dibunuh, pokok bakau yang berhijauan, habis diterbang, tanah terhakis, sungai tercemar, burung kenyalang pupus bermalaman, alam flora Fiona hilang ketandusan, ribu species binatang hilang sekerlip mata. pemburu hutan kini menggangur, anak dara dirogol tanpa siasatan, beribu ribu kesedihan melanda masayarakat orang asal. Kesemua bantahan ini dapat diperjuangkan menerusi pilihanraya ini. Menerusi pilihan raya kali ini anda dapat meluahkan keedihan dalam naluri anda, --- dikertas undi anda. Ini lah peluang keemasan membinasakan rejim yang anda marah. .

6) Perpatah kata orang Cina, tiadanya keluarga, manalah Negara, asas keluaraga adalah pembentukkan Negara, rumah orang asal dtenggelami air, tanah keturunan nenek moyang dirampas atas alasan pembangunan, kubur nenek moyang dikebumikan dalam tasiik, budaya orang asal semakin hari semakin pupus kalau ikut landasan pemerintahan BN.

Tiada kah kau rasa keunikan orang asal di Sarawak ini semakin mencengkang di tanah bumi mu ? Ada kah engkau inginkan budaya , keturunan, pegangan, kepercayaan anda dikikis mengikut corak pemerintahan BN? Tolak BN demi menjamin masa depan cucu cicit mu, Rakyat Sarawak harus lah bangkit menentang BN, melalui pilihan raya kali ini, rakyat Sarawak harus mengajar BN supaya menghormati hak asasi manusia, menghormati hak agama orang lain, .

Rakyat Sarawak tidak perlu mendemostrasi tepi jalan seperti berlaku di Mesir, Tidak perlu membaling batu seperti di Lebanon. Tetapi rakyat boleh menggunakan hak melalui pena , pena yang maha berkuasa dapat meruntuhkan BN. Ini lah suatu suatu cara yang paling senang melenakan BN ke alam mimpi ngeri .

No comments: