Hishammuddin, Menteri yang paling bodoh di Malaysia

Hishammuddin: Agenda jadikan Krisitian agama rasmi serius

May 7, 2011

"Sama juga dengan isu kaum, kalau satu kaum bawa satu perkara berlebih-lebih sangat, ia akan mengundang reaksi dari kaum lain," katanya.

BESUT: Laporan berhubung penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius, kata Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.

“Sama juga dengan isu kaum, kalau satu kaum bawa satu perkara berlebih-lebih sangat, ia akan mengundang reaksi dari kaum lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan wakil Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Hishammuddin yang Juga Naib Presiden Umno mengulas laporan media berhubung dakwaan adanya satu majlis pertemuan tertutup paderi yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Hishammuddin berkata beliau kini menunggu laporan berhubung apa yang di bincangkan pada majlis itu.

“Tapi saya lebih suka berdepan dengan mereka yang tidak fahami benda sebenar, kita beri penjelasan perkara-perkara yang dikipas dan diapi-apikan oleh pihak tertentu.

“Bila kita dah beri semua penjelasan, mereka masih lagi mengheret kepada perpecahan saya rasa polis akan buat keputusan nanti, tapi bukan saya (yang akan ambil tindakan), nanti kita dituduh berpolitik pula,” katanya.

Katanya dalam menangani isu seumpama ini, kerajaan mementingkan keselamatan dan sentiasa memantau perbuatan-perbuatan yang boleh menimbulkan isu keselamatan.

“Semua saya pantau, bukan sahaja kumpulan ini, yang ekstremis Islam pun ada, yang nak balas kematian Osama bin Laden (pemimpin Al-Qaeda),” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis akan menyiasat dakwaan tersebarnya satu lagi video seks yang didakwa membabitkan ketua pembangkang yang dipercayai dicetak di Thailand.

“Seperti biasa, bersandar pada laporan polis, polis siasat perkara ini dan kalau salah, polis akan ambil tindakan. Tiada siapa boleh letak diri mereka melebihi undang-undang termasuk trio ‘Datuk T’. Kalau salah tetap salah,”katanya.

Sementara itu PERKASA membuat laporan polis terhadap penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Yang dipertua PERKASA Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Abdul Hamid membuat laporan tersebut di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur petang tadi.

“Saya sebagai YDP Perkasa WP merasakan jika benar seperti yang dilaporkan, ianya merupakan satu hasutan kepada masyarakat Kristian untuk mengembangkan agama itu bagi menjadikan satu hari jumlah penganut Kristian adalah majoriti dalam negara ini dengan pelbagai cara yang melanggar Perlembagaan Negara.

“Saya bimbang dengan pendekatan itu akan menyemarakkan api kemarahan umat Islam dalam negara ini.

” Sebelum ini sudah beberapa kali pimpinan penganut Kristian mengusik kesabaran orang Islam nagara ini termasuk mendesak kerajaan membenarkan Bible dalam bahasa Malaysia diedarkan dan dicetak dlm negara ini, katanya selepas membuat laporan polis.

Beliau menggesa pihak polis menjalankan siasatan dengan segera.

- Bernama

No comments: