Penawar Desak Najib Letak Jawatan?

MAKLUMAT yang baru saya terima sebelum jam 12:00 tengah hari tadi agak menggegarkan juga. Berita ini memberi masalah baru kepada perdana menteri yang saat ini sedang sakit lutut dan kini sedang berihat di Hospital Kuala Lumpur.

Sumber ini sudah pun memberi bayangan beberapa hari lalu tetapi tidak menceritakan sepenuhnya bagi mensuspenkan saya?

Lagi pun kejadian yang boleh memggeletarkan lutut Najib itu masih belum berlaku.

Berita yang dimaksudkan itu ialah mengenai persatuan dianggaotai bekas-bekas wakil rakyat Umno yang bernama Penawar. Persatuan ini dianggotai oleh bekas-bekas wakil rakyat Umno. Ia bukan Mubarak.

Bolehlah dikatakan Penawar ini sebagai persatuan kedua yang melibatkan bekas-bekas wakil rakyat. Ia agak kritis sedikit berbanding dengan Mubarak yang hanya menjadi aji no moto kepada Najib.

Apa ceritanya? Ceritanya Penawar katanya telah mendesak Najib Razak supaya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. Sebabnya mudah, Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelemban ekonomi dan kurang minat pelabor untuk datang melabor ke negara ini juga dijadikan penyebabnya.

"Mesyuarat itu diadakan beberapa hari lepas. Ianya dipengerusikan oleh Abdul Aziz Shamsuddin, bekas menteri pembangunan luar bandar di zaman Abdullah Badawi dan juga bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad," cerita sumber itu.

Tambahnya hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Aziz Yassin (abang kepada Muhyiddin Yassin), Mokhtar Hashim (bekas menteri belia dan sukan), Tamrin Ghaffar (anak Ghaffar Baba) dan beberapa yang lain.

"Biar betul?" tanya saya kepada sumber itu inginkan kepastian.

"Betul, you boleh chek.." katanya tegas dan penuh yakin.

Saya tidak meragui desakan berkenaan. Usaha untuk menyingkirkan Najib ini sudah lama berjalan. Sebelum ini satu perhimpunan veteran Umno yang dihostkan oleh Sanusi Junid turut menyatakan perkara sama. Sanusi Junid sendiri katanya sudah meluahkan kekesalan kepada Najib apabila perdana menteri itu berlembut dalam soal Melayu kerana hendak menjaga kuasa.

Kekecewaan Sanusi dan rakan seperti kepada Najib apabila mereka yang sebelum ini tidak senang dengan pendekatan Abdullah Badawi dan mengharapkan Najib lebih berani terhadap bukan Melayu meleset. Inilah mengecewakan mereka.

Maklumat terbaru ini sudah pasti menganggui fikiran dan kesihatan Najib. Walaupun Penawar ini sebuah Ngo nyamuk tetapi suara mereka tetap memberi kesan kepada pentadbir Najib dan juga wibawa Najib sebagai perdana menteri.

Kalau desakan nakal yang menyenakkan dada begitu dibuat oleh Ngo di luar Umno dan tidak ada kena mengena dengan Umno tidak menjadi masalah. Tetapi bila ianya disuarakan oleh Ngo Umno sendiri ini sudah ada masalah. Apakah desakan itu menjadi pencetus ke arah untuk menumbangkan Najib?

Sama-sama kita tunggu protes secara senyap ini.

MSO Melayu

No comments: