Orang Asli fail semakan pengusiran mereka di Mersing

Muda Mohd. Noor | March 24, 2012

Pentadbir Tanah Daerah Mersing menggunakan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara bagi mengusir orang Ali Peta kerana mendakwa tanah mereka bertindih dengan Taman Negara Endau Rompin.

PETALING JAYA: Seramai 99 orang Asli Peta, Ulu Endau Johor memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru terhadap keputusan Pentadbir Tanah Daerah Mersing yang memerintahkan mereka keluar dari penempatan mereka.

Pentadbir Tanah Daerah Mersing menggunakan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara bagi mengusir orang Ali Peta kerana mendakwa tanah mereka bertindih dengan Taman Negara Endau Rompin.

Satu notis perintah bertarikh 17 Januari dikeluarkan untuk mengarahkan orang Aski berkenaan keluar dari tanah mereka.

Menurut peguam, Yogeswaran Subramaniam, orang Asli mahu keputusan tersebut dikaji semuala dan dibatalkan.

“Mereka juga mahu tanah seluas 10, 000 ekar yang diduduki orang Asli itu diisytiharkan sebagai milik mereka,” katanya.

Permohonan semakan kehakiman itu dibuat oleh Sangka bin Chuka, seorang batin Kampung Peta dan Nasir bin Kantan.

Perjalanan 5 jam

Selain Yogeswaran, mereka juga diwakili oleh peguam M. Rajkumar dan K Mohan dari Tetuan Law, Raj and Teh.

Dalam satu kenyataan, Sangka dan Nasir berkata, semua penduduk Orang Asli Kampung Peta memandang berat tentang perkara ini.

“Seramai 51 orang Asli Kampung Peta dan juga perkampungan yang berhampiran mengharungi perjalanan selama lima jam dari pedalaman hulu Sungai Endau ke Johor Bahru semata-mata untuk memperjuangkan hak undang-undang kami.

“Walaupun terpaksa bertolak pada 3 pagi, kami semua bersemangat apabila tiba di kompleks Mahkamah di Johor Bahru,” kata mereka.

Permohonan untuk mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman ditetapkan pada 5 April 2 untuk perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Gunalan Muniandy.

1 comment:

URGENT LOAN OFFER WHATSAPP +918929509036 said...

Are you in need of a loan? Do you want to pay off your bills? Do you want to be financially stable? All you have to do is to contact us for more information on how to get started and get the loan you desire. This offer is open to all that will be able to repay back in due time. Note-that repayment time frame is negotiable and at interest rate of 3% just email us (creditloan11@gmail.com)