Bohong dan Menipu adalah keperangaian kedua( second nature) UMNO



Apa yang menyebabkan Najib dan gerombolan UMNO mampu menunaikan sebahagian besar janji janji mereka? Jawapan nya ialah dana dan wang yang banyak. Itu sahaja kelebihan yang Najib dan gerombolan UMNO ada. Dari segi idea dan gagasan dan wawasan yang terang, dia yilek. Jika tidak ada apco dan firma pakar runding seperti Mckinsey, Najib adalah seorang kanak2 yang hilang dalam hutan. Di luar jawapan dan pertanyaan yang tidak berskrip, Najib tidak dapat menjawap apa apa.

Tiadakan kuasa yang ada , apa yang Najib ada? Sudah tentu hanya janji yang kosong. Janji kosong Najib jika di bandingkan dengan janji Pakatan Rakyat , akan menelanjangkan ketandusan idea Najib dan BN. Dan saya tidak fikir Najib bodoh seperti yang kita melihat nya untuk tidak menyedari bahawa objektif PR ialah mendapatkan kuasa di Putrajaya. Dan kuasa inilah yang akan di pertahankan oleh Najib dengan segala tipu helah dan pembohongan terutama kepada orang Melayu.

Pembaca sendiri dapat melihat. Hanya selepas 4 tahun mendapat kuasa, beberapa kerajaan di bawah PR bukan sahaja menepati janji yang mereka buat tetapi mentadbir negeri masing2 dengan lebih baik dari BN yang telah lama berkuasa. Ada negeri BN yang boleh menunjukkan bahawa mereka dapat mengadakan bajet lebihan? Ada, jika main silap mata yakni dengan mebatalkan beberapa perbelanjaan supaya balance sheet nampak baik. Kita mahu lihat negeri mana di bawah pemerintahan BN yang akan sekoyong koyong membentang supplementary bill untuk mendapat bajet tambahan. Ini semua kerja auta dan autawan in chief iaitu Najib Razak.

Antara 5 negeri yang mendapat FDI yang paling tinggi, 3 dari nya ialah negeri yang di tadbir oleh PR. Yang dua lagi negeri BN termasuk Sarawak yang di pimpin oleh pemimpin yang bukan dari UMNO. Sarawak membangun tanpa campur tangan UMNO dan jika ada campur tangan UMNO, sudah tentu jahanam. Yang membantu Johore ialah kehampiran nya dengan Singapura.

Apa sudah jadi pada janji UMNO untuk membantu orang Melayu? Lihat sahajalah apa sudah jadi pada DEB? Kemajuan terpesat dan pertumbuhan yang nyata kepada ekonomi orang Melayu hanya berlaku semasa Tengku Razaleigh mengurus ekonomi negara kita. Semenjak ianya di ambil alih oleh putera dari keturunan Hindi Kerala, ekonomi orang Melayu, daripada yang bersifat rakyat, bertukar menjadi kemajuan ekonomi untuk orang yang terpilih.

Dari 1970 hingga ke 1981, perkongsian Melayu dalam kekayaan negara bertambah dari 2.7% kepada 18.4%. bila Mahathir mengambil alih, ekonomi orang Melayu bersifat rakyat, bertambah kepada kurang sedikit dari 20%. Ekonomi Melayu di bawah pengurusan Mahathir hanya bertambah 1 lebih peratus.

Dari segi rekod, Najib jangan cakap besar lah. Hari ini dia hanya boleh showcase Mokhtar alBokhari sahaja. Jika ekonomi orang Melayu hanya boleh di perlihatkan melalui S Mokhtar Bokhari, ini membuktikan bahawa dasar ekonomi di bawah UMNO dan BN tidak berjaya dan gagal.

Dan jika orang seperti Syed Mokhtar berulang kali hanya mampu maju dengan pertolongan kerajaan, ini membuktikan bahawa S Mokhtar tidak ada skills untuk maju dengan usaha kudrat sendiri. Tambahan pula, dalam Malaysia ini, orang Melayu yang wajib di bantu ialah Syed Mokhtar sahaja kah?

Dibawah Syed Mokhtar, monopoli gula yang di pindahkan dari Robert Kuok menjadi lebih mahal. Sebagai reaksi harga mahal, ada matlaon pemimpin UMNO yang mencadangkan supaya orang Melayu terutamanya, makan kurang gula. Bingung punya cadangan.

Bila Syed Mokhtar ambil alih Bernas, beras jadi lebih mahal. Ini lah janji Najib kepada rakyat Malaysia, terutama orang Melayu. Saya ulangi lagi, janji Najib hanya lah untuk Putera dalam Bumi-Putera. Rakyat bumi biasa hanya menadah tangan mengharapkan ehsan Sultan Najib dan al malikul sembab.

Pencapaian orang Melayu lain nya adalah hasil natural progression. Pendidikan? Semua kerajaan dalam dunia ini mesti mengadakan pendidikan . mengadakan pendidikan sebagai suatu wadah menambahbaikkan kedudukan orang Melayu bukan lah sesuatu yang unik kepada UMNO. Pentadbiran di bawah kerajaan2 Pakatan pun menyokong pendidikan sebagai wadah mengeluarkan mereka mereka dari kemiskinan. No big deal untuk di gahkan oleh Najib.

Najib gagal dalam janji nya untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu.

Sekarang kita pergi ke bab terima kasih. Orang UMNO yang bongkak dan sombong, beranggapan bahawa mengucapkan terima kasih dan puak yang berhak mendapatkan ucapan terima kasih ialah UMNO. Inilah dusta yang paling besar. Jika rakyat di sarankan mengucapakan terima kasih kepada kerajaan yang telah meningkatkan kebajikan meraka, maka pengucapan itu mesti tidak bersyarat. Jika rakyat dalam negeri BN di suruh berterima kasih kepada kerajaan BN, maka rakyat di bawah kerajaan PR pun wajib beterima kasih kepada kerajaan PR. Nilai terima kasih rakyat kepada kerajaan BN tidak lebih mulia dari nilai terima kasih rakyat dibawah kerajaan PR.

Jadi sesuai dengan saranan PM kita yang kurang cerdik, saya mencadangkan rakyat yang telah menerima manfaat dari keelokan pentadbiran kerajaan PR menyatakan terima kasih mereka dengan mengekalkan kerajaan PR . di negeri lain yang sengsara dengan pembohongan kerajaan UMNO dan BN, mereka boleh menyatakan terima kasih mereka dengan menendang gerombolan penyamun dan perompak harta benda rakyat.

Mengenai sombong Najib jangan cakap besar lah. Bukan kah dia baru sahaja memohon maaf kerana kesombongan UMNO di Negeri Kedah beberapa mingu yang lalu?

Dan beberapa mingu yang lalu, Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mengulangi kesilapan mereka. Saya amat bersetuju dengan peringatan ini. ya, rakyat jangan mengulangi kesilapan memilih UMNO dan BN kerana kesilapan tersebut akan memberi lesen besar kepada UMNO dan BN melanun dan merompak negara kita. Sudah tentu yang membuat kesilapan ialah golongan minority. UMNO dan BN hanya mendapat 49% dari undi popular sedangkan majoroti iaitu 51% sudah pasti golongan yang membuat plihan tepat. 51% telah mengundi parti PR dan ini mesti di teruskan.

Nyawa UMNO dan BN bergantung kepada pembohongan dan manipulasi persempadanan kawasan parlimen. Lebih dasyat, terutama kepada orang Melayu, kita jangan lagi bergantung kepada parti politik yang kosong dari segi idea dan hanya bergantung untuk masa depan nya kepada bontot Saiful Buhari dan diatas cerita seks.

Punah bangsa Melayu macam ini.

2 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Bagi rakyat, berjanji dan tepati adalah penting.

Berjanji dengan air liur spt pembangkang akhirnya makan diri - kalau dah tahu tak ada duit, tak ada kudrat nak laksanakan - kenapa berjanji? Itu pancing undi dan penipu namanya.

Ketika BN sedang menepati janji - Pembangkang gelisah bila cermin diri menunjukkan pembangkang jauh ketinggalan dalam soal 'perlaksanaan' tetapi maju dalam 'menabur janji'.

Pembangkan sedang sakit tenat, gelisah dan panas bontot kerana janji mereka kosong dan slogan akan datang sudah tak laku lagi.

Anonymous said...

Kebodohan dan buta perut penyokong UMNNO Baru diakhir2 ini cukup ketara ini cukup ketara. Ini cukup membimbankan. Mereka tidak boleh lagi berfikir waras.Mata celek tapi perut buta.Tidak dapat memikirkan yang Duit peruntukan untuk negeri2 dibawah pentabiran PKR itu habis menjadi habuan rasuah mamak2 UMNO baru. Sekarang orang2 Melayu turut makan habuan rasuah itu dijamu oleh UMNO Baru dimana2 perjumpaan yang mereka anjurkan. Apabila menelan makan makanan yang berunsur haram,maka hati dan perut akan menjadi buta. Otak membeku dan berperangai saperti monyet dan keluang.