Pendidik desak Kementerian Pelajaran henti tekanan terhadap guru

Jamilah Kamarudin | April 9, 2012

Kebelakangan ini Pendidik menerima kira-kira 100 aduan tindakan tidak profesional Kementerian Pelajaran menganiayai warga pendidik.

Sekitar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan (Pendidik) menggesa Kementerian Pelajaran tidak mengenakan tekanan kepada guru hanya kerana menjadi penyokong parti pembangkang.

Presiden Pendidik Normala Sudirman berkata, kebelakangan ini pihaknya menerima kira-kira 100 aduan tindakan tidak profesional Kementerian Pelajaran menganiayai warga pendidik.

Antaranya dibuang kerja, ditukarkan jauh daripada kediaman, menempatkan pasangan guru berbeza lokasi dan berjauhan antara satu sama lain sebagai ‘dendam’ pilihan raya, selain dituduh memakai baju Bersih 2.0 serta disyaki aktif menyertai politik pembangkang.

Normala mendakwa guru terbabit turut dipotong gaji, dinafikan bonus tahunan, tidak dibenarkan masuk ke kelas untuk mengajar, malah tidak diberikan jadual waktu mengajar.

Beliau mengemukakan bukti seorang guru di Selangor yang ditukarkan Pengarah Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) akibat berceramah politik, serta seorang guru di Perak yang ditukar 200 km jauh dari sekolah asal di Parit ke Tapah kerana desakan politik Umno Bahagian Parit.

Normala yang pernah menjadi calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang turut mengemukakan bukti suaminya ditukarkan sekolah ke Kota Tinggi yang jaraknya sejauh 500 kilometer serta dikenakan tindakan tatatertib, dipotong gaji tujuh hari bekerja, dinafikan bonus dan dikenakan amaran kerana menyokongnya dalam kempen PRK tahun lalu.

“Wujud double standard dalam pelaksanaan tindakan terhadap guru-guru yang menyokong parti pembangkang tetapi di pihak lain penglibatan guru dalam politik dan memegang jawatan tidak pula dikenakan sebarang tindakan, malah dipertahankan,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, beliau dalam memorandumnya mahu Kementerian Pelajaran mengambil tindakan tegas terhadap pegawai JPN, PPD, dan sekolah yang bertindak tidak profesional, tidak mengikut telunjuk orang politik (Umno-BN) yang mempunyai agenda khusus.

Selain itu, beliau juga mahu campur tangan dan pelabelan guru mengikut parti politik segera dihentikan melalui “Tapisan Keutuhan Peribadi” dalam proses kenaikan pangkat guru di semua peringkat.

“Satu Jawatankuasa Bebas di bawah Parlimen perlu dibentuk bagi menangani dan mengendalikan kes penganiayaan guru,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Dr.Jeffry Kitingan is a Christian Kadazan from Sabah. But is he in favor of Bersih 3.0 or not? He is either pro-Bersih 3.0 or anti-Bersih 3.0. If you are pro-Bersih 3.0, then you are not anti-Bersih 3.0. If you are anti-Bersih 3.0, then you are not pro-Bersih 3.0. I do have a lot of respect for Dr.Jeffry Kitingan, but on this important moment in history, he and other Sabahans and Sarawakians must make a clear unambiguous public stand. I think the Malaysian citizens need to know.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

The political history of Malaysia can be divided into two chapters: that is, chapter one and chapter two. Chapter One is about UMNO rule with a 2/3 majority in Parliament. Chapter Two is about UMNO rule without a 2/3 majority in Parliament. We are now in Chapter Two. The beginning of Chapter Two is the end of Chapter One. Similarly, the end of Chapter One is the beginning of Chapter Two.

Chapter One had its social, political, and economic implications for the nation. Chapter Two has just begun and its social, political, and economic changes are something we have to wait and see.