31 orang penduduk, 13 lelaki, 12 Perempuan & 6 kanak-kanak ditahan semasa OCCUPY PEJABAT MB PAHANG jam 4petang hari ini.

Sekarang mereka berada di IPD Kuantan Statement sedang diambil. Call OCPD Mohd Jasmani 019-9605155/ 019-9000102 @ Inspekter Rosdi 0199491777 @ IPD Kuantan 09-5132222 09-5132512 untuk beri tekanan!!

Latarbelakang occupy hari ini:
... Setelah banyak memorundum dihantar dan banyak mesyuarat telah diadakan dengan pihak kerajaan UNTUK 4 tahun, nampaknya masalah penduduk Cameron masih tidak selesai.

Sebelum ini kumpulan ini sudah hantar 17 surat kepada Pejabat Daerah Cameron dan berjumpa mereka 7 kali. Sudah hantar 15 surat kepada Menteri Besar Pahang dan berjumpa mereka 2 kali dan sudah hantar 4 kepada Pejabat Perdana Menteri dan berjumpa mereka 2 kali. Pada 9 April 2012, seramai 40 rakyat telah berjumpa dengan YAB Menteri Besar Pahang dan Menteri Besar berjanji akan hadir ke Cameron Highland untuk menyelesaikan masalah rakyat. Tetapi kini sudah lebih kurang dua bulan, Menteri Besar masih tidak tunaikan janji.

MAKA, RAKYAT SUDAH MEMUTUSKAN UNTUK OCCUPY PEJABAT YAB MENTERI BESAR PAHANG PADA 10 JULAI 2012, PUKUL 11PAGI, SEHINGGA MASALAH SELESAI!

40 rakyat yang mewakili 7 isu seperti dibawah akan hadir:
i) 4 kes petani bertani selama 40 tahun tetapi tiada lesen TOL.
ii) 1 kes kawasan rumah diberi kepada kroni BN walaupun sudah 42 tahun menetap di
sana.
iii) 1 Pasangan suami isteri tiada rumah/tanah untuk berpindah. Sudah mohon lebih 30
tahun tetapi tiada jawapan.
iv) 1 kes permohonan gerai ditolak dan kemudian kawasan yang sama yang lebih besar
diberi kepada orang lain.
v) 1 kes permohonan oleh ibu tunggal yang diberi harapan palsu dan kemudian gerainya diroboh.
vi) 4 kes keluarga di Green Cow diancam bahaya tanah runtuh kerana Pejabat Daerah telah luluskan permit menolak tanah.
vii) 2 kes pegerai Kea Farm yang gerai mereka akan diroboh untuk beri laluan kepada pemaju swasta.


KUANTAN 10 Julai: Seramai 31 penduduk Cameron Highland termasuk 12 perempuan dan enam kanak-kanak ditahan polis dalam bantahan ‘Occupy’ di hadapan Pejabat Menteri Besar Pahang, kira-kira jam 4.00 petang tadi.
Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highland, Suresh Kumar memberitahu, pembantu Ahli Parlimen Sungai Siput, S Nagendran dan seorang lagi dikenali Uthayakumar, dicekik Ketua Polis Kuantan, Jasmani Yusof ketika ditangkap.
“Sekarang kami ditahan di IPD Kuantan. Kini sedang dapatkan pertolongan dari Biro Bantuan Guaman,” katanya kepada Keadilan Daily.
Menurut Suresh, himpunan itu menuntut janji MB Pahang, DatukSeri Adnan Yaakob berhubung pemilikan tanah, pemindahan penduduk dan penempatan semula gerai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan Hotel Aranda Nova.
“Pengambilan tanah melibatkan enam rumah, empat blok kebun dan empat gerai. Empat tahun kami berjuang. MB janji untuk selesaikan April lepas. Tapi sekarang dah tiga bulan berlalu,” kata Suresh.
Jelas beliau, projek itu tidak pernah dirunding dan sehingga kini pemilik rumah yang didiami 14 keluarga telah dua kali diberi notis pindah dengan yang terakhir, Februari lalu.
“Selepas itu kami bantah dan mereka tangguh roboh. Kami mohon pemilikan tanah dari tahun 80-an. Dipanggil temuduga, tapi tak pernah lulus.
“Kebun sayur dah 40 tahun diusahakan. Sekarang rumah penduduk nak diroboh. Mana nak cari rumah ganti?
“Gerai ganti yang ditawarkan pula lebih kecil. Dari 23 tapak, hanya ada lima tempat letak kereta. Tiada bekalan elektrik, tiada tandas dan terletak di selekoh. Tak sesuai.
“Empat kali tulis surat kepada Menteri Besar, tak berbalas. Paling baru, Khamis lalu. Perkara utama yang penduduk mahu ialah MB datang ke tempat kami dan lihat masalah mereka,” tegasnya.

No comments: