Dr
Mahathir yang masih tidak boleh melupakan seronok jadi PM selama 22
tahun menyatakan masa depan Malaysia musnah jika Pakatan menang. Dia
sebenarnya rindukan Mahathirisme. Najib di anggap kurang cerdik
melaksanakan doktrin Mahathirism. Sebab itu Mahathir sedang asah parang
hendak sembelih leher Najib di bantu oleh Muhyidin al lelongi dan Mukriz
a/l Mahathir.
Sebelum
masa utu tiba, perkara yang serupa dislogankan oleh PM Najib. Mengenai
slogan2- rakyat dah lali dengan jerit sana sini Najib. Ketika meraikan
ahli UMNO yang di angkut dan dibayar berhimpun di stadium Bukit Jalil,
dia kata nak istihar pilihanraya- dia tetap takut. Di Melaka dia kata
UMNO akan menang 14-0, saya kata, kalau demikian, semalam sudah Najib
istihar PRU. Najib tahu perpaduan orang UMNO akan kurang 30% pada hari
dia menamakan calun. Jadi bagaimana hendak bertarung dalam gelanggang,
apabila diluar pun sudah kelam kabut.
Orang
UMNO dah letih menunggu bila PRU akan di adakan. Kepada orang UMNO, PRU
ialah Hari Raya. Sebab masa itu, duit datang mencurah curah. Motorsikal
dan kereta myvy sudah di pesan- tapi duit belum turun. Orang UMNO
gelisah. Hendakkan PRU di cepatkan. Mereka tahu kalau UMNO kalah, orang
Melayu tetap akan terbela bahkan di jagai dengan lebih baik dari yang
UMNO mampu.
Pilihan
alternative yang Najib ada ialah menyibarkan fitnah dan dakyah
menakutkan rakyat. Orang Melayu hancur jika UMNO tewas. Islam dalam
bahaya jika UMNO tewas. Raja Melayu musnah jika UMNO tewas. Negara akan
di perintah oleh DAP. Cina akan membunuh orang Melayu. Pemimpin UMNO
buat bisness semua dengan Cina. Raja Melayu buat bisnes pun semua dengan
Cina.
Celaka nya orang UMNO, mereka ingat mereka sahaja yang berhak di anggap Melayu. Semasa saya berada dalam UMNO, keMelayuan saya tidak pernah di pertikai. Melayu itu ada pada diri saya bukan terletak pada UMNO. Mengapa pula, apabila orang nya yang serupa yang Melayu nya tidak dipertikai semasa dalam UMNO sekarang mahu di pertikaikan ketika bukan dalam UMNO? UMNO janganlah bongkak sangat. Melayu itu orang, bukan parti politik. Orang melayu walau dalam apa parti pun tetap Melayu. Orang Melayu tidak jadi bukan Melayu bila mengistiharkan dirinya bukan UMNO.
Celaka nya orang UMNO, mereka ingat mereka sahaja yang berhak di anggap Melayu. Semasa saya berada dalam UMNO, keMelayuan saya tidak pernah di pertikai. Melayu itu ada pada diri saya bukan terletak pada UMNO. Mengapa pula, apabila orang nya yang serupa yang Melayu nya tidak dipertikai semasa dalam UMNO sekarang mahu di pertikaikan ketika bukan dalam UMNO? UMNO janganlah bongkak sangat. Melayu itu orang, bukan parti politik. Orang melayu walau dalam apa parti pun tetap Melayu. Orang Melayu tidak jadi bukan Melayu bila mengistiharkan dirinya bukan UMNO.
Orang
UMNO macam takde rasa malu. Sudah berkuasa lebih dari 50tahun, kalau
tidak dapat mengurus dan mentadbir dengan baik, elok lah berundur.
Serahkan kepada rakyat mengadili parti mana yang mereka hendak.
Bila
Mahathir dan Najib mengeluarkan keresahan serta bimbang dan ragu
mereka, sesungguhnya itu luahan kata kata dari orang yang cemas. Jika
UMNO/BN kalah semua dasar pentadbiran negara yang merosakkan negara akan
terdedah. Ketika itu, metos kehebatan Mahathir akan pecah.
Cuba
kita tanya sebagai misalan- kenapa ekonomi orang Melayu secara
keseluruhan nya masih rendah berbanding dengan kaum lain? Yang bertambah
baik ialah ekonomi Melayu yang terpilih dan istimewa. Anak Mahathir,
anak orang bangsawan, Raja2 Melayu, anak pemimpin tinggi kerajaan-
Melayu jenis ini tidak mewakili Melayu keseluruhan dan mereka tidak pun
peduli apa berlaku kepada orang Melayu. Yang mereka penting ialah bangsa
Melayu boleh di perkudakan untuk mengukuhkan kedudukan Melayu istimewa
dan terpilih.
Kenapa
jurang perbezaaan pendapatan di kalangan bangsa Melayu paling besar
berbanding dengan jurang pendapatan antara kaum lain di Malaysia? Sebab
semenjak Mahathir ambil alih kerajaan tahun 1981, dasar memajukan
ekonomi Melayu secara organic di gantikan dengan dasar memilih bulu oleh
Mahathir. itulah masa nya kita melihat anak2 emas yang di anggap
sebagai pemangkin ekonomi orang Melayu muncul. Mahathir beri lesen, beli
konsesi, beri monopoli, beri peluang menswastakan punca2 kekayaan
negara kepada orang2 yang di pilih, untuk mewakili pencapaian ekonomi
Melayu. Mereka ini jadi kayalah, tapi rakyat Melayu kebanyakan masih
ketiggalan. Rakyat terus di haramjadahkan sehinga kini.
Dan
Mahathir kata Mahathirimse sudah habis? Lihat sahajalah di keliling
kita. Penswastaan lapangterbang Sungai Besi akan dimajukan oleh rakan2
Najib dan Rosmah. Penglibatan 1MDB hanya lah hiasan tingkap. Lihat pula
projek LRT Ampang yang dimenangi oleh syarikat Belfor-Beattty- Invesys
pada harga RM 1.01 billion di rampas dan di beri kepada syarikat George
Kent milik rakan golf Najib dengan tambahan harga sebanyak RM 167
million.
Kita
lihat dasar mengayakan rakan2 kroni yang di pelopori oleh Mahathir
masih di teruskan. Jadi bagaimana kita boleh menerima bahawa
Mahathirisme sudah berakhir?
Paling
akhir dasar memerah dan memicit rakyat berlaku apabila Najib
menyenaraikan perniagaan Felda. Counter FGV baik dan harga menuju kepada
RM 6 ( buat masa ini)- tapi baik untuk siapa? Baik untuk peneroka yang
hanya memiliki 810 unit saham berbanding dengan puak yang tidak ada kena
mengena dengan Felda yang di anugerahkan 3-5 juta unit saham? Berani
tidak pihak MITI mengeluarkan senarai penerima saham yang mereka
agihkan? Ketua bahagian, pemimpin UMNO, pemimpin kerajaan, menteri UMNO
yang memboloti bahagian singa terbitan saham tersebut.
Kita
biarkan Dr Mahathir dengan igauan nya kerana fakta2 mendedahkan
pendustaan Mahathir. dia pembohong dan cara terbaik mendedahkan
pembohongan orang yang kian cemas ialah menunjukkan pencapaian2 kerajaan
Pakatan. Kedah, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan negeri yang di
rampas secara tidak etikal Perak.
Rakyat
sudah terdedah kepada kebaikan berada dibawah kerajaan2 yang di pimpin
oleh Pakatan. 3 dari 5 buah negeri yang menerima FDI yang terbanyak
sekali ialah negeri yang di pimpin oleh Pakatan. UMNO gagal menguasai
top 5 penerima pelaburan asing. Punca utama ialah kerana pimpinan mereka
tidak cekap dan boros dan banyak ketirisan yang berlaku. Rasuah
menjadi2 dan rompakan keatas sumber2 kekayaan negeri dilakukan oleh
pimpinan UMNO dan BN dengan sewenang wenang nya. Pelabur takut hendak
pergi berniaga dalam negeri2 UMNO-BN. Syarikat Jepun yang mebuka lading
menanam Spirulina di Perak memutuskan untuk tidak melabur kerana
campurtangan golongan bangsawan negeri itu.
Lapuran
ketua odit negara menunjukkan bahawa pengurusan ekonomi dan kewangan
dalam negeri di bawah Pakatan lebih baik dari negeri dibawah kerajaan
UMNO. Jadi bagaimana Dr Mahathir boleh mengambil konklusi bahawa jika
Pakatan mengganti UMNO, maka masa depan negara akan musnah?
Yang
musnah ialah penerima2 habuan dari Mahathirisme. Sama ada Mahathirisme
mati atau sudah tidak ada, bukanlah terletak kepada perakuan Dr
Mahathir. ianya terletak kepada orang lain untuk menilai sama ada mimpi
seram yang bernama Mahathirisme masih ujud atau tidak. Dan petanda ianya
masih hidup segar, teralalu banyak menyebabkan kenyataan Mahathir
sebagai seorang yang bersalah mahu menegakkan benang yang basah.
Dan
kita perlu ingat kan orang UMNO dan rakyat- bahawa ketika Pak Lah
Badawi mendapat undi dan kerusi terbaik pada tahun PRU 2004, ialah
kerana rakyat meraikan pemergian Dr Mahathir dari tampuk kuasa.
Kita mengalu ngalukan perlantikan Mahathir sebagai pengarah PRU UMNO. Sudah tentu ianya akan mempercepatkan pengebumian UMNO.
No comments:
Post a Comment