Najib@ UMNO Janji tapi banyak diMungkiri


Janji di mungkiri.

Najib kata beri BN peluang untuk Selangor? peluang untuk apa? Merompak dan menyamun perbendaharaan negeri? Penjual tempe tersohor di negara ini meninggalkan rezeb tunai sebanyak RM 800 juta. Goga dan gegak gempita laungan bongkak nya. Hanya dalam 4 tahun Khalid Ibrahim yang `gagap’ itu memberi Selangor rezeb RM 2 billion lebih. TV UMNO dan akhbar UMNO tidak jantan mahu melapurkan ketika negeri2 di bawah UMNO berhutang banyak dengan kerajaan Federal.

UMNO atau Pakatan yang lebih baik?  Kalau ada apa apa pengajaran yang Khir Toyo tinggalkan ianya adalah- dengan jual temped an cabut gigi, orang Melayu boleh memiliki rumah berharga RM 18juta. Saya berjanji tidak akan memperlekehkan tempe lagi.

Semasa Khir Toyo memerintah Selangor, royalty dari perlombongan pasir ialah RM 12 juta. Semasa Khalid Ibrahim jadi MB, royalty meningkat kepada RM 30juta. Ini sudah cukup membuktikan bahawa pengawalan dan pemantauan keluar masuk lori, bertambah baik di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim. dan saya percaya jika di lakukan dengan lebih terperinci, ianya akan bertambah baik dan meninggalkan cakap besar kesemua MB Selangor yang terdahulu sebelum Khalid, didalam bakul sampah sejarah.

Dan melalui syarikat milik kerajaan Alam Semesta, Selangor memperolehi pendapatan RM 110 juta. Ini bermakna, Selangor sepatutnya sudah dapat menambahkan hasil perlombongan pasir sebanyak RM98 juta lagi sejak lama dahulu, soalan nya, kemanakah RM90 juta itu pergi kalau tidak kedalam poket pemimpin UMNO? 

Ianya akan lebih baik, jika hanya syarikat milik kerajaan sahaja yang di benarkan melombong pasir, kumpulkan pasir pada suatu tempat bonded, dan menawarkan penjualan pasir kepada sesiapa yang hendak membeli nya. Itu akan bermakna semua pembeli bertaraf sama dan serupa. Hendak beli pasir, pergi ke pasar raya pasir. Kecurian pasir dan kehilangan royalty akan di kurangkan, hasil untuk kerajaan akan meningkat.

Kalau tidak lori2 rakan ketua UMNO Bahagian, ketua MCA Bahagian dan Ketua MIC bahagian akan terus bermaharajalela mencuri pasir dan mengkespot pasir ke singapura.

Kerajaan Selangor mesti dedahkan siapa petualang bangsa yang curi pasir Selangor dan jual ke Simgapura. Petualang negara mesti kita jel.

Kepada rakyat Selangor, kalau hendak elak dari di rundung mala petaka, jangan beri BN peluang lagi. Kita sama sama takqinkan UMNO dan BN. kalau beri peluang kepada pemimpin parti yang mengharamjadahkan rakyat nya sendiri, Selangor mengundang sial.

Sunguh hairan kita nada Najib yang merayu di beri pelaung sedangkan semasa di iringi pasukan motor mat rempit suatu masa dahulu, dia dengan bongkak nya berkata- kita akan tawan Selangor! mengapa nada sombong bertukar kepada nada orang yang insafkan diri? Sebab akhirnya dia sedar, hendak tawan Selangor tidak ada harapan.

One , two, three, four
Lima, enam, tujuh, lapan
Dato Najib cakap besor
Hendak tawan Selangor, tiada harapan.

Kalau kita beri peluang kepada macai2 Najib memerintah Selangor, mereka akan sapu habis tanah2 dalam negeri Selangor. mereka akan mengagihkan perlombongan pasir sesama sendiri dan terus menafikan rakyat Selangor pendapatan potensi sebanyak RM 90-100 juta lagi.

Najib hendak cakap besar mengenai bangunan Felda apa guna? Wang dari kelapa sawit yang di usahakan oleh Felda di guna untuk bangunkan bangunan yang berprestij, tapi siapa yang guna? Peneroka Felda?

Counter FGV baik- tapi baiknya untuk siapa? Peneroka dan perkerja Felda dapat 5.5% saham- orang lain melembukan dan mengudakan orang Felda dapat 94.5% saham. Itu sebabnya saya kata, penyeneraian Felda ini adalah suatu yang unconscionable atau tidak berhati perut. Orang Felda menggadaikan 360,000 hektar tanah sawit yang boleh menempatkan 80,000 peneroka. Ini tidak akan di dapat semula. Tanah 10 ekar yang peneroka felda miliki sekarang akan di faraidkan sebagai warisan, akan menjadi semakin kecil. Peneroka akan berkongsi kesengsaraan bukan keayaan.

Jadi, jangan kehulu kehilir jual ubat untuk penawar segera. Dasar yang di jalankan oleh UMNO ternyata gagal. Sebab itu kena rasuah rakyat dengan RM 500 seorang. Selama 50 tahun memerintah, nilai rakyat marhaen rupa2 nya RM 50 seorang.

Saya membaca suatu komen dalam blog saya yang mengatakan majoriti sudah sesuai dengan a proven government. Proven apa? Kalau ada yang sudah membuktikan kejujuran dan pertangungjawaban kepada amanah, ianya adalah kerajaan2 Pakatan Rakyat. Lihat saja rekod mereka berbanding dalan rekod kerajaan UMNO yang menyamun dan merompak dan membuli rakyat.

Kita semua tahu, UMNO suka memutar belitkan maklumat. Ini sahajalah yang dapat mereka lakukan apabila rakyat kian hari memandang UMNO itu sebagai jenama yang buruk. Bahkan hari ini, kalau Najib masih belum tahu, orang mengibaratkan UMNO itu= United MUnafik National Organization. Seluruh kehidupan dan keujudan UMNO di asaskan di atas dusta dan penipuan dan putar belit keatas rakyat.

UMNO sudah jadi sinonim dengan rasuah dan beli undi, penipuan, kezaliman dan semua apa apa yang di tuduh oleh UMNO terhadap parti lawan.  Apa yang UMNO tuduh terhadap parti lawan, itulah UMNO yang sebenarnya.

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google