Kebebasan rakyat kemerdekaan sebenar

Fazy Sahir | August 31, 2012
Kemerdekaan sebenar juga bererti rakyat diberi peluang dan kebebasan dalam menjalani sistem pilihan raya yang bersih dan adil.
Sambutan Merdeka 55 Tahun
SHAH ALAM: Kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar ialah kebebasan dalam menentukan dasar, sosio-budaya, gaya hidup dan hala tuju negara oleh rakyatnya sendiri.
“Generasi kini menolak sistem dan budaya yang mengandungi unsur penindasan dan ketidakadilan seperti mana yang kita diharungi ketika zaman penjajah dahulu.
“Kemerdekaan sebenar juga bererti rakyat diberi peluang dan kebebasan dalam menjalani sistem pilihan raya yang bersih dan adil,” kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2012 di sini malam tadi.
“Kita harus teliti dan mengkaji semula pengisytiharaan kemerdekaan bagi menjamin kebebasan. Pengisytiharaan kemerdekaan ini harus dibaca semula. Jika tidak ia tidak dapat memberi nilai kepada erti kemerdekaan yang sebenar,” ujarnya.
Anwar yang juga penasihat ekonomi negeri Selangor berkata, semangat kemerdekaan harus dipupuk dengan menyediakan pilihan raya yang bersih, adil dan saksama.
Pilihan raya mesti dianjurkan dengan adil dan tidak sepatutnya wujud unsur-unsur penindasan atau penipuan, katanya.

Ketidakadilan sosial
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ucapannya berkata, dewasa ini masih wujud ketidakadilan sosial dan hak sama rata kepada semua negeri seperti yang berlaku di Sabah dan Sarawak.
“Sabah dan Sarawak yang mempunyai hasil bumi yang banyak terus terpinggir dalam pembahagiaan kekayaan negara. Bahkan Sabah terutamanya dicatatkan sebagai negeri termiskin di Malaysia di belakang Kelantan,” katanya.
Menurut beliau, setiap warga negara berhak mendapat layanan yang adil untuk menikmati limpahan kemajuan ekonomi dan pembangunan negara tanpa diskriminasi.
Majlis sambutan merdeka itu turut dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, para pemimpin Pakatan Rakyat dan para exco kerajaan negeri.
Sebanyak 56 kontijen terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah Daerah, Jabatan Kastam, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta badan-badan bukan kerajaan turut serta dalam perbarisan kemerdekaan peringkat negeri malam tadi.
Rakyat Selangor yang membanjiri Dataran Kemerdekaan di sini turut berpeluang menyaksikan pertunjukan bunga api.

1 comment:

Anonymous said...

so pathetic hahahaha

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google