Penangkapan Rafizi untuk takutkan rakyat yang cari kebenaran

Motif penangkapan yang amat jelas berunsurkan politk semata-mata bertujuan untuk memastikan Rafizi untuk berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan UMNO-Barisan Nasional.

Penangkapan Rafizi (gambar kiri, sebelah kanan) adalah berkaitan dengan isu skandal National Feedlot Cooporation (NFC) dan juga Georg Kent yang baharu sahaja diberikan kontrak jutaan ringgit.

Sejak pendedahan NFC akhir tahun lalu sehinggalah kini, dan beberapa lagi skandal penyelewengan, beliau telah mendapat ramai seteru yang berkuasa dan akan menggunakan apa saja cara untuk mendiamkannya.

Ini menggambarkan politik dendam yang ditunjangi PM Najib Razak dan menggunakan agensi-agensi kerajaan yang dikawal penuh.

Rafizi telah dituduh di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA) dan ini hanyalah satu cara bagi mereka untuk terus menakutkan rakyat yang mahu mencari kebenaran di sebalik kontrak dan kronisme yang berkaitan dengan pimpinan UMNO- Barisan Nasional (BN).

Rakyat Malaysia harus memberi sokongan penuh terhadap Rafizi atas semangat dan keberanian beliau dan berharap keluarga beliau akan dapat melalui dugaan ini dan yakin bahawa keadilan akan berpihak kepada yang benar dan berani.

No comments: