Sanggupkah Pak Lah disalahkan untuk segalanya, Dr M

“Bekas PM, Mahathir Mohamad telah sekali lagi menyuarakan kekesalannya kerana memilih penggantinya dahulu, sebuah laporan memetik dengan menujukan orang itu kepada Abdullah Badawi (Pak Lah) yang telah dipilihnya sebagai PM kelima negara.
Bagi kebanyakkan pemerhati politik, Mahathir telah memilih seorang yang tepat untuk menggantikan dirinya. Cuma, Abdullah tidak mempunyai masa yang cukup untuk mematahkan pelbagai kerosakkan yang telah dilakukan oleh Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya.
Abdullah telah melalui masa yang sukar demi mematahkan legasi Mahathir, kerana pada masa itu politik wang sudah bermaharahjalela di dalam UMNO disuburkan oleh Mahathir. Kebanyakkan orang-orang Mahathir belum bersedia untuk menyaksikan pembersihan tabiat politik wang dalam praktis UMNO.

Dipaksa melepaskan jawatan PM
Ramai ahli UMNO tidak boleh menerima reformasi yang cuba dilakukan oleh Abdullah untuk membersihkan politik kotor dan akibatnya, ahli politik kotor ini cuba mensabotajnya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan Abdullah. Dia telah dipaksa meletakkan jawatan sebagai PM pada tahun 2009 untuk digantikan dengan Najib. Dan hari ini kita menyaksikan praktis politik wang yang sama seperti kita saksikan pada zaman Mahathir.
Politik wang telah menjadi bapa kepada semua jenis korupsi pada era Mahathir. Dan selepas Abdullah, Najib yang mempunyai daya politik yang lemah dan juga gagal melakukan apa-apa ‘transformasi’ untuk memberhentikan politik wang kerana takut dia akan diugut Mahathir dan dipulaukan oleh panglima UMNO yang kaya serta kroni mereka.
Ia adalah sesuatu yang lazim bagi si Machiavelli Mahathir untuk tidak akan mengaku kesalahannya sendiri. Baginya, “mengaku akan kesilapannya samalah seperti mengakui kelemahannya sendiri.” Inilah bagaimana caranya untuk dia kekal dalam politik. Pemikiran politiknya boleh dianalisa daripada 843 mukasurat bukunya yang bergenre memoir separa fiksyen (A Doctor in the House) dimana dia telah menyalahkan semua musuh ketatnya yang menjadi ancaman politik baginya.
Baru-baru ini, Mahathir telah dilaporkan berkata “satu cara untuk maju dan membetulkan segala kesilapan yang dibuat adalah untuk menerima semua kesilapan yang telah dibuat”. “Apabila anda tidak menerima kesalah yang telah anda buat, anda tidak akan dapat membetulkan kesilapan itu,” tambahnya.
Sebenarnya, dia apabila satu jarinya menunding pada orang lain, empat lagi menunding kepada dirinya sendiri. Adakah Mahathir sedia menerima segala kesalahan yang telah dilakukannya sewaktu menjadi PM dimana polisinya yang tidak menghiraukan korupsi telah membiak bakakan politik wang di negara ini? Atau adakah dia masih percaya bahawa korupsi adalah pemangkin- satu terma yang sangat popular untuk disebut pada masanya supaya sesuatu urusan dapat dilakukan dengan segera.

Lucutkan tiga daripada timbalannya
Bagi ahli politik, sifat tergesa-gesa menukar fikiran dalam hal-hal politik adalah pengikut ideologi Machiavelli tetapi bagi ahli psikologi, ia berkemungkinan besar menunjukkan sesorang mempunyai masalah psikologi.
Tidak pernah berlaku dimana-mana pun di dunia, Mahathir telah melucutkan jawatan tiga daripada timbalannya semasa pemerintahannya (1981-2003). Dalam bukunya, dia telah menyalahkan semua timbalannya kerana apa yang telah berlaku pada mereka. Sememangnya inilah caranya untuk mengemudi arah tuju karier politiknya.
Dia telah kehilangan timbalannya yang pertama, Musa Hitam pada tahun 1986. Musa meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri dengan menyatakan bahawa dia sudah tidak sehaluan dengan Mahathir. Dia kehilangan timbalannya yang kedua, Ghafar Baba pada tahun 1993. Ghafar telah dicabar oleh Anwar Ibrahim dengan restu Mahathir dan dikalahkan oleh Anwar dan kemudian kehilangan jawatan timbalan perdana menteri. Dia kehilangan timbalannya yang ketiga, Anwar pada tahun 1998.
Bukan sahaja dia tidak bersependapat dengan para timbalannya semasa menjadi PM, dia juga tidak pernah sebulu dengan dua orang perdana menteri sebelumnya- Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn. Tidak puas hati dengan Mahathir, Tunku dan Hussein kemudiannya meninggalkan UMNO.

Mencampurkan adukkan politik dan bisnes
Politik wang telah mencemarkan UMNO. Malah, Mahathirlah merupakan orang yang memperkenalkan politik wang ke dalam UMNO semasa memegang tampuk kepimpinan- mencampurkan politik dan bisnes. Abdullah sudah tidak boleh membendung kegilaan yang merasuk mereka yang ingin berkuasa dalam UMNO.
Politik wang sudah menjadi kayu pengukur bagi UMNO untuk terus relevan. Jika politik wang dalam UMNO tidak diberhentikan oleh para pemimpin tertinggi dalam parti, dan rakyat terus mengundi calon yang mempunyai akses yang paling banyak pada wang, inilah yang akan nanah dalam UMNO. Wang yang diberi kepada pengundi dalam parti mahupun pilihanraya umum, samalah seperti rasuah.
Mereka yang ingin menjadi pemimpin akan mula mencari wang melalui cara yang keji dan inilah yang membawa kepada ketirisan dana dan penyalahgunaan kuasa. Untuk memegang jawatan yang tinggi dalam UMNO pada hari ini seseorang mestilah mempunyai wang yang banyak untuk ditabur. Malah, penggunaan wang untuk mendapatkan jawatan tertinggi dalam parti telah diprotes oleh ahli-ahli dalam UMNO itu sendiri. Namun, pihak majoriti nampaknya lebih berkuasa.
Abdullah telah berusaha sedaya upayanya untuk membendung kegiatan tidak bermoral ini tetapi tidak mendapat sokongan ahli parti.
Para usahawan menanti peluang untuk mengadakan hubungan dengan ahli politik dan kadang-kala wang, hadiah dan rasuah menjadi cara untuk mendapatkan kontrak dari kerajaan. Semuanya bermula apabila Mahathir menggalakkan bisnes dan politik berkembang disamping satu sama lain dan pada hari ini, Negara menyaksikan bahawa UMNO tidak mampu wujud tampa politik wang.
Waima untuk meletakkan poster parti sekalipun, wang mesti menjadi syaratnya. UMNO telah membebankan dirinya dengan politik wang dan tidak mampu berfungsi tanpa dana yang banyak.

Bermula pada era Mahathir
Politik wang merupakan legasi Mahathir kepada Negara sehinggakan Abdullah mendapati bahawa ia agak sukar bagi dirinya untuk membanteras. Politik wang yang berleluasa bermula pada masa pemerintahan Mahathir. Politik wang tidak pernah didengari pada era tiga perdana menteri sebelumnya- masa itu merupakan zaman kegemilangan UMNO.
Pada masa Mahathirlah politik dan bisnes dibenarkan dijalankan bersama-sama, dan natijahnya, bermulalah korupsi yang berakar umbi dalam parti, negeri dan pilihanraya umum. Korupsi masih dipraktikkan dalam setiap sesuatu yang dilakukan dalam mansyarakat sejak 1981 apabila Mahathir mengambil alih jawatan PM sehingga ke hari ini.
Tempoh Abdullah yang singkat sebagai PM tidak mampu memberhentikan gejala tidak bermoral ini.
Budaya rasuah dan politik wang masih dominan pada masa Abdullah memerintah walaupun dia tidak menyokongnya. Ramai orang UMNO yang bercita-cita tinggi dalam dunia politik tidak boleh lari daripada amalan yang diwarisi dari era Mahathir bahawa tanpa wang, tidak seorang pun yang akan berjaya dalam UMNO dan politik.
Akibatnya, rasuah menjadi-jadi dan ia telah masuk dalam setiap lapisan masyarakat dengan politik wang yang memastikan siapa yang boleh mendapatkan jawatan dalam parti dan mendominasi politik UMNO . Generasi muda UMNO juga tidak boleh lari dari sumpahan buruk ini.
Apabila politik wang menjadi norma ahli perniagaan mula menggunakan kabel politik dan mula merasuah ahli politik untuk mendapatkan lesen dan permit. Wang daripada bisnes akan dimasukkan ke dalam parti dan dana untuk individu adalah untuk kegunaan peribadi dan aktiviti politik. Wang juga boleh disimpan dalam bank asing untuk tujuan peribadi dan juga kempen politik.

Budaya politik wang
Selagi pembiayaan untuk parti tidak dikawal, tiada apa yang telus dalam UMNO. Contohnya, dilaporkan bahawa “apabila ahli politik didakwa menyimpan sejumlah besar wang di Bank Swiss, dia akan bersedia untuk memberi wang itu kepada parti dan akan mendakwa bahawa wang itu adalah untuk parti dan bukan miliknya. Terang-terangan ini adalah rasuah.
“Selagi tiada deklarasi pemisah antara politik dan bisnes, Negara akan sakit akibat rasuah yang berleluasa,” komen soerang bekas menteri UMNO.
Norma longgar yang diwujudkan semasa era Mahathir muncul ke dalam budaya politik wang yang tidak mengambil masa yang lama untuk membenamkan akarnya dalam parti, negeri dan pilihan raya umum. Persepsi hari ini merupaka UMNO adalah sinonim dengan rasuah dan politik wang. Banyak kes-kes tuduhan rasuah yang melibatkan pemimpin UMNO dan kroni-kroni mereka hari ini boleh dikaitkan dengan budaya politik semasa pemerintahan Mahathir.
Budaya dan amalan yang menghancurkan UMNO
Detik bersejarah bermulanya politik wang dalam landskap politik Malaysia adalah semasa pemilihan UMNO pada tahun 1981. Ini adalah tahun Mahathir mengambil alih sebagai PM. Ia menjadi semakin teruk semasa pemilihan Umno pada tahun 1984 apabila Musa (bekas Timbalan Perdana Menteri) dan Tengku Razaleigh Hamzah (bekas menteri kabinet) bertarung untuk jawatan timbalan presiden.
Tetapi politik wang benar-benar mencapai kemuncak pada tahun 1987 apabila jawatan presiden dipertandingkan oleh kedua-dua Mahathir dan Razaleigh. Dan dari itu politik wang menjadi tidak terkawal.
Sebenarnya, Abdullah merupakan satu-satunya pemimpin UMNO selepas 1981 yang memenangi jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dengan momokan calon "miskin". Latar belakang agamanya menjadi penghalang baginya untuk terlibat dalam politik wang yang kotor bagi mendapatkan jawatan dalam parti. Tetapi, UMNO

Menangkap beberapa orang tokoh
Abdullah lebih "bersih" tetapi tidak dapat banyak yang boleh dilakukannya untuk menghentikan politik wang yang sudah merebak seperti barah dalam UMNO. Mereka dalam UMNO masih menggunakan wang mengikut skala bagi jawatan. Apabila mula berkuasa sebagai perdana menteri, Abdullah cuba mengetatkan kawalan terhadap rasuah, dia memberi kuasa kepada agensi-agensi anti-rasuah dan menyediakan lebih banyak peluang kepada orang awam untuk mendedahkan amalan rasuah.
Dia juga menahan beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir kerana rasuah, satu langkah yang dipuji secara meluas oleh pemimpin UMNO amnya tetapi bukan bagi mereka yang mengamalkan rasuah. Mahathir tidak gembira melihat ramai orang kuatnya ditangkap semasa zaman Abdullah dan didakwa di mahkamah.
Ini termasuk Eric Chia, bos Perwaja Steel yang telah dilantik oleh Mahathir pada tahun 1988 untuk mengambil alih syarikat bukan kegemarannya.
Pada pilihan raya umum pada tahun 2004, Abdullah memperolehi kemenangan besar untuk Barisan Nasional dengan memenangi 198 daripada 220 kerusi parlimen. Kemenangan itu secara meluas dianggap sebagai kelulusan visi Islam sederhana serta sokongan kepada dasar-dasar anti-rasuah dan kebencian pada Mahathir yang terpaksa melepaskan kuasa pada tahun 2003.
Anwar - selepas dibebaskan dari penjara pada bulan September 2004 - secara terbuka berterima kasih kepada Abdullah kerana tidak mencampuri urusan mahkamah yang menarik balik sabitan liwatnya.
Walau bagaimanapun, kesan rasuah masih dirasai sehingga hari ini apabila amalan-amalan membeli undi, naungan politik, kronisme dan sogokan telah menjadi sinonim dengan budaya UMNO.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (Transparency International IHP) terus jatuh dengan parti-parti politik yang dinamakan kedua paling korup selepas pasukan polis. Ini adalah apa yang Mahathir telah berikan kepada negara.
Melainkan politik dan bisnes dipisahkan, rasuah memusnahkan negara ini. Pembiayaan politik dalam bentuk sogokan dan rasuah akan ada balasannya. Ini berlaku apabila kontrak diberikan kepada perasuah melalui tender yang dirundingkan.

Mahathir tidak selalunya betul
Mahathir tidak selalunya betul. Dia hanya mempunyai mengakuinya. Persepsi rakyat tentang pentadbirannya paling teruk sejurus sebelum Abdullah mengambil alih sebagai PM dan Abdullah telah memberi kemenangan besar dalam pilihan raya umum tahun 2004.
"LingamGate" merupakan skandal yang mencemarkan nama dan badan kehakiman. Rasuah membawa kepada peningkatan kadar jenayah di negara ini. Kronisme dan politik wang meningkatkan rasuah di mana sogokan menjadi biasa amalan.
Syarikat-syarikat kroni yang gagal dan bank dijamin dengan hasil Petronas. Rasuah di peringkat penguatkuasaan mencetuskan kebanjiran pekerja tanpa izin ke negara ini. Hubungan antara kaum merosot dengan politik perkauman. Orang Melayu yang miskin dan kaum minoriti lain terjejas dengan kemiskinan, kekurangan peluang pekerjaan dan pendidikan yang sepatutnya.
Ini telah membawa kepada jurang perbezaan dari segi pendapatan isi rumah antara golongan kaya dan miskin di kalangan semua kaum.
Persepsi Abdullah, sebagai seorang yang bukan pengikut ideologi Machiavelli, Abdullah mendapati ia satu tugas yang sukar untuk menghapuskan warisan Mahathir ini. Najib juga telah gagal untuk menyekat budaya politik wang yang telah bermaharaja lela dalam UMNO. Malah, melihat masalah rasuah yang menhhodohkan pentadbiran Najib sebenarnya tersasar lebih jauh daripada Abdullah.
Najib terlalu lemah untuk mengawal politik wang dan melakukan semua agenda "transformasi" yang dilaksanakan oleh Abdullah, dia menghadapi banyak tentangan dari dalam parti. Ia kelihatan seperti tindakan Najib lebih mencontohi pendekatan Mahathir dalam politik kerana takut Mahathir akan menggunakan kuasa vetonya.
Persepsi politik UMNO adalah wang mengawal UMNO dan politik di negara ini akan dipenuh dengan rasuah untuk beberapa dekad akan datang jika UMNO masih dipilih untuk menerajui negara. Inilah yang berlaku apabila politik dan perniagaan dibiarkan untuk menyuburkan rasuah. Seolah-olah UMNO akan terus membiak pemimpin yang korup dan berada dalam politik hanya semata-mata kerana wang untuk diri sendiri.
Jangan salahkan Abdullah tapi Mahathirlah yang menyuburkan budaya keji dalam UMNO ini.

Malaysia Chronicle

No comments: