Menukar Kerajaan tidak Kiamat Dunia

Mulai sekarang kita panggil Dato Najib- Kim Il Najib. Semua gara2 gambar. Gambar Najib dan Kak Ros adalah gambar suci. Gabar alim agama seperti Nik Aziz takpe kalau diludahi dan dibakar. Ini agak nya yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir bila dia kata , selepas PRU13 ini, Najib jadi orang garang.  
 
Pada peringkat gambar sahaja, kalau orang tak hormat, tangkap dan tembak. Najib hendak jadi dictator macam Kim Il Sung. Kita tengoklah nanti- puak UMNO akan memuja pemimpin Korea Utara. Pemimpin Korea Utara pun ummatan wasatho- dalam konteks wasathiyah UMNO. 
 
Dari sudut itu, Najib sama dengan Kim Il Sung. Jadi, Kim Il Najib lah nama yang paling sesuai dengan nya.  Seorang komunis dan seorang mengaku dia democrat.  Tidak lama lagi, bila kita berdepan dengan gambar Najib, kita semua mesti tunduk hormat macam orang Jepun. Sama seperti rakyat Korea lakukan bila berdepan dengan potret Kim Il Jung atau Kim Il Sung. 
 
Kita orang Melayu yang beragama Islam ini janganlah taksub sangat dengan gambar Najib.  Kalau kita hendak orang hormat gambar Najib, kenalah kita juga menghormati gambar orang lain. Ketua Pembangkang sebagai contoh, kalau dalam negeri sistem Westmnister, adalah ketua Pembangkang Raja Malaysia. Seperti juga England, ketua Pembangkang ialah Her Majesty’s Oposition Leader. Dia pun PM in waiting. Jadi kena lah hormat juga. Dinegeri yang bertamaddun, kita saling hormat menghormati satu sama lain. Semua terlibat dalam industry yang sama yakni menawarkan kepada rakyat jelata kepimpinan kita, wawasan dan dasar kita dan keperibadian parti kita. Bolehkah kita hormat kalau character parti kita macam samseng? 
 
Kalau kita hendak debat, maka berdebatlah atas dasar pemimpin dan kepimpinan, dasar parti kita dan keperibadian parti kita. Biarkan rakyat buat pengadilan. Kalau UMNO bagus, maka UMNO lah yang mereka pilih. Kalau PR bagus, maka PR yang mereka pilih. Sesiapa yang menang, kita akan nilai nanti apa yang mereka lakukan.
Apa yang sebenar nya Najib tawarkan kepada rakyat? Menawarkan pemimpin UMNO yang berkualiti? Ramai yang korap dan tidak bersih. Yang tuduh pemimpin UMNO korap ialah Dr Mahathir sendiri. Dalam suatu jamuan makan tengah hari dengan bekas2 menteri cabinet, Dr Mahathir sendiri yang mengistiharkan bahawa semua pemimpin kerajaan/UMNO adalah korap dari yang tertinggi sampai kepada yang kecil. Mengikut kefahaman saya yang lulus SA- Sekolah Atap, yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir yang ada weak school certificate, yang korap itu termasuklah Dato Najib sendiri. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir yang kata. Dan sebagai PM selama 22 tahun, dalam bab ini saya percaya Dr Mahathir sebab dia ada fail setiap menteri dibawah nya. 
 
Pemimpin UMNO bodoh. Bukan saya kata- Dr Mahathir yang kata. Mereka ini semua half past six leaders. Dr Mahathir kata, yang cerdik sudah masuk DAP, yang bijak masuk PAS dan yang pandai masuk PKR. Jadi tinggallah yang koro dan koman didalam UMNO. 
 
Maka jika pemimpin UMNO bodoh seperti yang diperakui oleh Dr Mahathir. manalah boleh kita sandarkan masa depan negara, masa depan orang Melayu dalam tangan pemimpin yang korap, rasuah dan bodoh pula?  
 
Sekarang, bila Dr Mahathir melihat besar kemungkinan UMNO kalah, maka dia bertungkus lumus menegakkan benang basah. Kerana itulah, saban minggu Dr Mahathir asyik dok beri taklimat kepada badan pehubungan UMNO negeri2- supaya menerima calun2 payung terjun. Kita dah tak ada calun bermutu. Terpaksa ambik dari luar. 
 
Mulakan dari Najib sendiri. Bolehkah Najib dijadikan contoh pemimpin yang baik? Najib sendiri, sebagai pemimpin- dia bukanlah maksum. Najib tidak boleh dijadikan sebagai contoh teladan- Najib dan pemimpin UMNO tidak mencerminkan pemimpin yang bersih dan pemimpin yang bagus. Kerajaan yang bersih dan kerajaan yang bagus memerlukan pemimpin yang bagus dan bersih. 
 
Dari sudut mana, kita nak jadikan Najib sebagai tokoh wasathiyah? Sebagai pemimpin oang Melayu, dia nampak lembik. Depan orang Melayu dia takutkan orang Melayu dengan DAP. Depan orang Cina dia kata nanti PAS akan sunat dan potong tangan semua orang. Depan orang India dia akan kata PAS dan DAP bahaya. Depan raja2 Melayu dia akan kata, kalau PR memerintah, negara ini akan jadi repablik. Maka kerja dia hari2 ialah berdusta dan berbohong.
Dia tidak ikhlas dan jujur bila tolong dan bantu rakyat. Dia akan bantu dengan syarat rakyat kata terima kasih. Dia hanya bantu bila sokong UMNO dan Najib. Pemimpin yang jujur dan amanah, bila dia bantu rakyat dia tidak letak syarat. Hendak tolong, tolong kerana itu suatu amanah. 
 
Tidak pernah buat keputusan yang muktamad. Negara dibiarkan dalam keadaan huru hara. Najib tidak berbunyi sedikitpun bila anasir2 jahat dan kaki busuk mengacau ketenteraman awam. Najib sebagai PM bisu seribu bahasa bila kaki busuk menggunakan agama untuk pecah belah masyarakat. Agama ajak orang melakukan kebaikan, puak UMNO anjur lakukan rusuhan. Najib sebagai ketua amat lemah.
 
Najib suka lakukan rasuah. Dr Mahathir kata pemberian BRIM dan bayaran2 lain hampir menyamai rasuah dan beli undi. Saya tidak boleh mengatakan sebaliknya apabila pemberian wang sana sini dilakukan dan diinstitusikan. Ertinya, rasuah dan sogokan kepada rakyat dijadikan suatu amalan kebiasaan. Inilah nilai yang hendak diterapkan oleh Najib. 
 
Bagaimana pemimpin UMNO hendak dijadikan contoh teladan atau contoh sederhana sebagai umat pertengahan- ummatan wasatho? Rakyat dianjur belanja cermat dan jimat- isteri bersalut dengan berlian dan bertatahkan emas? Bagaimana jadi contoh teladan untuk jadi amanah, bila harta benda kerajaan diperlakukan seperti harta sendiri? Jet kerajaan digunakan untuk beli belah dan mengangkut kawan2 mandi lulur di Indonesia? 
 
Kemudian bagaimana UMNO itu sendiri hendak dijadikan contoh teladan? Ahli dan penyokong tidak ada disiplin dan bertindak macam samseng kampong dusun? Semua jadi Sharif Dol. Penyokong UMNO tonggeng bontot didepan rumah Ambiga. Penyokong UMNO gesa Ambiga digantung kerana mempunyai pandangan yang berbeza. Inginlah kita ingatkan penyokong UMNO, kita hukum gantung pembunuh dan pengedar dadah. Kita gantung bunuh orang yang membunuh Altantuya. Mereka ini kita gantung bukan cerut leher orang yang berbeza pendapat dengan kita. 
 
Malah setiap pemimpin UMNO banyak cacat dan cela dari ciri2 baik nya. Mereka kata Anwar Ibrahim tidak bermoral, pemimpin UMNO pun tidak kurang jahat nya. Orang Melayu tidak peduli sangat ciri2 peribadi yang ada pada pemimpin Melayu. Kalau mereka mengutamakan kebersihan moral, tentulah ramai pemimpin UMNO ditolak. 
 
Jadi mengapa sekarang apabila tiba membezakan antara pemimpn UMNO dan bukan UMNO, perhitungan moral seseorang menjadi tersangat penting? Jangan lah berpura pura. malu kita bangsa Melayu, bila pemimpin UMNO boleh sebut dalam parlimen- kalau kita korap, mengapa rakyat tetap memilih kami?
Inilah yang kita mahu tukar. Kita jangan lagi memilih pemimpin yang korap sebab memlih mereka menjadikan mereka angkuh dan mereka akan buli dan mem-boss kita. 
 
Yang dalam ketakutan sekarang ialah UMNO. Sebab itu dia gunakan segala cara untuk mengikat minda rakyat. UMNO ulang cerita lama dengan mengatakan dibawah PR, rakyat tidak ada masa depan. Kalau PR memerintah, orang Melayu terancam sebab DAP akan mendominasi. Masaalah UMNO ialah dia ingat Melayu dalam PAS dan Melayu PKR sama standard dengan orang UMNO. Najib lupa, jumlah ahli parlimen Melayu tetap mengatasi jumlah ahli parlimen Cina. Calun UMNO digantikan oleh calun Melayu dari PAS dan PKR dan calun Melayu DAP. 
 
Apa yang terjadi pada UMNO sekarang? Hendak cari calun yang berkaliber dan bermutu dari kalangan 3.2 juta pun susah. Kali ini UMNO akan mengenengahkan ramai calun2 payung terjun. Ini mengesahkan , walaupun UMNO itu ramai ahli nya, mutu mereka tidak ada. Setiap minggu Dr Mahathir bertemu dengan badan perhubungan UMNO setiap negeri berpesan pada mereka , bersedialah untuk menerima calun2 yang ditetapkan oleh pemimpin UMNO. Mesti buat bai`ah jangan sabotaj UMNO. Demikianlah cemas nya UMNO. Parti yang ramai ahli, tapi penuh sampah sarap. Bukan saya kata, Dr Mahathir kata dan disahkan dan diperakui oleh Najib dan Muhyidin.
 

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google