Perogol Bebas tapi Pijak gambar di hukum - Undang - undang Rimba

KITA FIKIRKAN SEJENAK 2 KES YANG BERBEZA INI. KEDUA-DUANYA BERSALAH CUMA HUKUMAN YANG MEMBEZAKAN NASIB MEREKA....

Pelajar yang menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara telah dibuang dari Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics serta diberhentikan pinjaman PTPTN atas sebab memalukan pihak Kolej dan mengaibkan pihak pengurusan...

Link Mengenai Pelajar Ini :
http://www.malaysiakini.com/news/208122

KITA IKUTI SATU KES SEBELUM INI :

Mahkamah Rayuan membebaskan Pemain Bowling Kebangsaan dari keputusan Mahkamah Tinggi Melaka sebelum ini yang menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kepada dibebaskan dan berkelakuan baik selama 5 tahun terhadap Noor Afizal Azizan, atas tuduhan merogol gadis bawah umur...

Dalam keputusannya, Hakim bersetuju dengan peguam Noor Afizal, bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai MASA DEPAN YANG BAIK.

PERSOALANNYA :

Bagaimana agaknya nasib gadis bawah umur yang dirogol itu?... Apakah dia akan mempunyai MASA DEPAN YANG BAIK dan adakah dia dapat KEADILAN dengan keputusan ini?...

Link Mengenai Pemain Bowling Ini :

http://www.sinarharian.com.my/semasa/mahkamah-kekal-perintah-berkelakuan-baik-ke-atas-noor-afizal-1.74705

JUSTERU :

Kepentingan awam bagi pelajar yang dibuang kolej itu patut juga difikirkan oleh pihak pengurusan Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics memandangkan pelajar ini juga mempunyai MASA DEPAN YANG BAIK jika dirujuk dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan pemain Bowling Kebangsaan itu...

KESIMPULANNYA :

Kita ada otak, kita fikirkanlah dan kita renung-renungkanlah... Jika orang yang tidak punyai "kepentingan awam", sudah tentu hukuman berat menanti mereka berbanding orang yang punyai "kepentingan awam" yang tampak lebih selesa....

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google