MAMPUKAH RCI MENAMPAN KEMATIAN NORIKOH?

Friday, November 30, 2012

MAMPUKAH RCI MENAMPAN KEMATIAN NORIKOH?

Oleh : MUTALIB M.D

KEMATIAN tragis NorikohSaliwa, 16, telah menimbulkan 'ketegangan' kaum di antara rakyat Sabah dengan PATI yang mendapat IC Projek, terutama Bangsa Pakistan yang dikategorikan sebagai 'Melayu'; tetapi perang sebenarnya berlaku di media tanpa sempadan di kalangan pemimpin politik dan pihak berkuasa. Persoalannya, mampukah Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI Sabah) menampan kematian demi kematian rakyat tempatan akibat keganasan warga asing dan warga Malaya?

Sabahkini.net tidak langsung menapis berita yang dimuatkan melalui Facebook John Charles Mitah Mikat yang tersebar luas kerana Blogger Politik berkenaan berani bertanggung jawab dengan dakwaannya iaitu Norikoh Saliwa telah dirogol dan dibunuh oleh lima PATI warga Pakistan yang ditransformasi menjadi 'Melayu' setelah mendapat IC Projek.

Saya tidak menyalahkan John Mitah Mikat kerana 'kemarahan yang membuak-buak' gagal menahan beliau daripada meluahkannya ke dalam Facebook yang kini sudah dicapai lebih sejuta orang, termasuk gambar dan wajah Norikoh ketika berada di dalam keranda.

Mungkin tindakannya agak keterlaluan mendakwa 'Norikoh' dirogol '5 Pakistan' sehingga ada keluarga mangsa merasa dimalukan dengan dakwaan 'ROGOL' sebelum laporan bedah siasat dikeluarkan pihak berkuasa.

Sabahkini.net tidak mengubah tajuk artikel berkenaan kerana John mengaku bertanggung jawab penuh dengan berita yang dimuat naik ke Facebook menggunakan namanya sendiri setelah mengumpul 'cerita' daripada kaum keluarga Norikoh dan saksi mata yang melihat kejadian bunuh berkenaan; sekalipun tidak mempunyai 'bukti yang melampaui keraguan munasabah berlakunya kejadian 'ROGOL' berkumpulan yang kononnya dilakukan oleh '5 Pakistan.'

Saya tidak menyalahkan John kerana 'terpaksa' memainkan sentimen rogol dan bunuh yang sinonim dengan PATI Pakistan yang mendapat kerakyatan songsang di Sabah; apatah lagi beliau sangsi dengan kecekapan polis yang sebelum ini sering 'menyembunyikan' kematian dan jenayah rogol sehingga pelakunya, warga Pakistan terlepas.

Saya tidak berniat untuk menghina PDRM yang selama ini menjadi sasaran rakyat Sabah setiap kali berlakunya kejadian rogol dan bunuh; apatah lagi setelah melibatkan pegawai polis sendiri seperti kes Kartini Borhan di Keningau yang pada peringkat awal disembunyikan kerana tertuduh, seorang pegawai polis berjaya memperdaya Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib melawatnya di katil hospital; mempercayai bahawa dirinya diserang dan dicederakan ketika menyelamatkan mangsa.

Namun atas rayuan keluarga mangsa, Sabahkini.net terpaksa menjadi pelakon di luar filem ala 'CSI' dan telah berjaya menimbulkan kesangsian sehingga PDRM akhirnya akur bahawa inspektor berkenaan yang membunuh kekasih gelapnya sendiri; sebelum menggunakan uniformnya untuk menyelamatkan diri dengan menulis lakon layar episod 'CSI' yang tajuknya, 'KAU TOLAK CINTAKU' tetapi baki episod lakonannya terlerai setelah Sabahkini.net berjaya menimbulkan pelbagai keraguan, termasuk tindakan pihak polis 'melupuskan' bukti. 

Walaupun setelah tertuduh, Inspektor Ahmad Rizal Omar ditangkap atas tuduhan membunuh dan tetapi beliau dibebaskan dengan ikat jamin sehingga didakwa ke mahkamah; namun kes berkenaan bagaikan berada di bilik sejuk beku kerana perbicaraan sebenar belum bermula.

Berbalik kepada kes Norikoh, Sabahkini.net dengan penuh keinsafan memohon maaf kepada waris keluarga Norikoh kerana tidak menapis 'cerita' yang ditulis oleh John Mitah Mikat tetapi masih bertanggung jawab dengan meletakkan tandatanya (?) pada tajuk berita berkenaan.

Ekoran daripada tragedi Kartini, Sabahkini.net terpaksa menanggung 'risiko' menjadi mangsa pihak berkuasa terutama polis, namun yakin bahawa niat suci Sabahkini.net ialah membantu polis; maka kesangsian yang ditimbulkan John bawa Norikoh 'dirogol' wajar disiasat kerana beliau mungkin mempunyai alasan untuk membuat dakwaan serius berkenaan.

Persoalannya kenapa post mortem tidak menyebut sama ada mangsa (Norikoh) dirogol atau tidak dan hanya mengatakan terdapat kecederaan parah di bahagian kepala; sedangkan motif sebenar pembunuhan berkenaan mengikut John ialah 'NAFSU' dan mahu 'melenyapkan bukti'; bukannya membunuh sesuka hati.

Namun sehingga berita ini ditulis, polis belum memanggil John untuk mengambil keterangan berhubung dakwaannya bahawa Norikoh dirogol lima Pakistan?

Dalam pada itu, kakak mangsa, Bibianah Binti Saliwa, yang menetap Kg. Bombong 1, Kota Marudu telah membuat laporan polis pada jam 3.45 petang, 29 November 2012 yang menafikan dakwaan kes kematian adiknya, Norikoh Binti Saliwa yang tersebar di Facebook dan Sabahkini seperti yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang dan individu tertentu.

Dalam laporannya juga, Bibianah meminta pihak polis membuat siasatan terhadap penulis artikel tersebut kerana telah mengaibkan nama baik keluarganya.

Menurut Polis Kota Marudu, laporan Bibianah disiasat di bawah Sekyen 504 dengan sengaja mengaibkan dengan tujuan pecah keamanan dan kes kematian Norikoh disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Malaysia (Bebas-Tuaran), Datuk Wilfred Mojilip Bumburing yang menghubungi Sabahkini.net setelah menghadiri pengkebumian mangsa baru-baru ini, memulangkan paku buah keras kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz yang selama ini sering mendakwa bahawa kehadiran PATI di Sabah bukanlah ancaman.

"Berapa ramai lagi rakyat Sabah yang tidak berdosa harus dikorbankan sebelum Kerajaan Persekutuan sedar bahawa kes Norikoh bukanlah kes terpencil dan merupakan salah satu daripada beberapa siri pembunuhan yang dilakukan warga asing yang mendapat kerakyatan songsang," ujar Bumburing yang tidak yakin RCI mampu menyelesaikan ibu kepada segala masalah ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menggesa rakyat di negeri ini agar tidak terburu-buru mempercayai sebarang informasi palsu mengenai kes Norikoh Saliwa, yang ditemui mati terbaring di tepi jalan berhampiran Kampung Ranau, Kota Marudu baru-baru ini kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.

Hamza berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang menyebarkan fakta salah seumpama kes terbabit kerana tindakan itu bukan sahaja menimbulkan perasaan takut di kalangan masyarakat, malah mampu menggugat keselamatan negara.

Hamza berkata, pelbagai andaian termasuklah dakwaan kononnya mangsa telah dirogol dan dibunuh oleh warga Pakistan sepertimana disebarkan menerusi internet haruslah dihentikan segera, kerana ia mampu menggugat kesejahteraan awam selain mengaibkan keluarga mangsa.

“Sehubungan itu, kita meminta agar semua pihak berhenti menyebarkan sebarang berita yang bercanggah daripada fakta kerana menyebabkan kesejahteraan awam tergugat malah mengaibkan keluarga si mati, sedangkan siasatan berhubung kes ini masih dijalankan.

“Kita akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang bertanggung jawab menyebar maklumat itu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, kelmarin.

Mengikut fakta kes, sebelum kejadian, mangsa dan kakaknya, 32, telah pergi menemani adik sepupu mereka yang berusia 15 tahun untuk mencari kerja di sebuah premis menjual perabot di pekan Goshen, Kota Marudu.

Kata Hamza, mereka telah membeli penyambung wayar di kedai berkenaan sebelum keluar minum bersama pengurus premis terbabit di pekan itu.

Jelas beliau lagi, tidak lama kemudian, kakak mangsa memberitahu bahawa mereka telah tertinggal penyambung wayar yang telah dibeli di premis itu dan meminta mangsa pergi mengambilnya.

“Bagaimanapun ekoran ketiadaan pengangkutan, mangsa telah menumpang lori milik pengurus premis berkenaan iaitu seorang lelaki warga Pakistan untuk ke premis itu.

“Sejurus kemudian, mayatnya telah ditemui terbaring di tepi jalan berhampiran Kampung Ranau yang terletak kira-kira dua kilometer dari Pekan Kota Marudu,” kata.

Berikutan penemuan mayat mangsa, lelaki warga Pakistan yang berusia 40-an itu telah ditahan polis pada keesokan harinya di premisnya kira-kira jam 10 pagi.

Mengulas lanjut, Hamza berkata pihaknya masih menunggu laporan lengkap bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa yang bekerja sebagai pembantu rumah di Likas, Kota Kinabalu.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa mempunyai kecederaan paling nyata di bahagian kepalanya dan kita masih menanti laporan lengkap bedah siasat mayat mangsa untuk mengetahui terdapat kecederaan lain termasuklah bukti dia dirogol atau tidak.

“Kita juga akan menyiasat dari pelbagai aspek tetapi setakat ini kes itu masih disiasat mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat,” katanya.

No comments: