55 tahun Umno BN abai kebajikan wanita – Haniza....

55 tahun Umno BN abai kebajikan wanita – Haniza....!!!

Kerajaan Umno BN terlambat menjanjikan perubahan untuk wanita, sedangkan golongan itu diabai lebih 55 tahun, kata Naib Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha.
“Rakyat sendiri boleh nilai. Selama lebih 50 tahun ini apa yang kerajaan buat untuk memperkasa wanita? Bila pengundi wanita dah meningkat dan condong kepada Pakatan Rakyat baru nak bagi gula-gula,” tempelaknya ketika dihubungi.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bersedia melakukan perubahan terhadap undang-undang, peraturan, amalan dan pemikiran menghalang wanita untuk lebih maju.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan itu memberi bukti pengabaian wanita oleh Umno selama ini melalui penggubalan Akta Keganasan Rumah Tangga yang mengambil masa lama untuk diluluskan di Parlimen.
“Bayangkan, wanita perlu 10 tahun untuk mendapatkan haknya. Ini bukti betapa kerajaan tidak mengambil berat isu wanita sebelum ini,” katanya.
“Najib juga pernah berkata pergerakan hak wanita tidak perlu dijalankan di Malaysia. Lagi satu bukti hak wanita dipandang mudah,” tambah Haniza.

“Najib sudah terlambat. Kepada beliau (Najib) kami (wanita) nak beritahu, kami pilih Pakatan Rakyat,” tegasnya.
Dalam isu berkaitan, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin pada sidang medianya sebelum ini menyatakan sokongan wanita Melayu di Selangor terhadap Pakatan meningkat lima peratus dari 48 peratus kepada 53 peratus.
Menurut Zuraida, peningkatan itu adalah hasil kefahaman dan puas hati golongan wanita terhadap polisi serta dasar yang dibawa Pakatan dalam Agenda Wanita Malaysia (AWM).
‎ Kerajaan Umno BN terlambat menjanjikan perubahan untuk wanita, sedangkan golongan itu diabai lebih 55 tahun, kata Naib Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha.
“Rakyat sendiri boleh nilai. Selama lebih 50 tahun ini apa yang kerajaan buat untuk memperkasa wanita? Bila pengundi wanita dah meningkat dan condong kepada Pakatan Rakyat baru nak bagi gula-gula,” tempelaknya ketika dihubungi.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bersedia melakukan perubahan terhadap undang-undang, peraturan, amalan dan pemikiran menghalang wanita untuk lebih maju.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan itu memberi bukti pengabaian wanita oleh Umno selama ini melalui penggubalan Akta Keganasan Rumah Tangga yang mengambil masa lama untuk diluluskan di Parlimen.
“Bayangkan, wanita perlu 10 tahun untuk mendapatkan haknya. Ini bukti betapa kerajaan tidak mengambil berat isu wanita sebelum ini,” katanya.
“Najib juga pernah berkata pergerakan hak wanita tidak perlu dijalankan di Malaysia. Lagi satu bukti hak wanita dipandang mudah,” tambah Haniza.

“Najib sudah terlambat. Kepada beliau (Najib) kami (wanita) nak beritahu, kami pilih Pakatan Rakyat,” tegasnya.
Dalam isu berkaitan, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin pada sidang medianya sebelum ini menyatakan sokongan wanita Melayu di Selangor terhadap Pakatan meningkat lima peratus dari 48 peratus kepada 53 peratus.
Menurut Zuraida, peningkatan itu adalah hasil kefahaman dan puas hati golongan wanita terhadap polisi serta dasar yang dibawa Pakatan dalam Agenda Wanita Malaysia (AWM).

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google