Anwar sedia beri keterangan di RCI jika dipanggil

 
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedia untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja berhubung isu pendatang asing di Sabah sekiranya dipanggil untuk berbuat demikian.
NONEPada masa sama beliau turut menegur Datuk Seri Najib Razak yang membiarkan proses pemberian kerakyatan diteruskan semasa pentadbiran perdana menteri itu.

Anwar yang merupakan timbalan perdana menteri pada tahun 1990-an – sebelum dipecat pada 1998 – menegaskan bahawa beliau tiada peranan dalam dakwaan pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah.

Beliau berkata, perkara itu boleh disemak melalui rekod dan melalui ketua setiausaha negara untuk mengenalpasti menteri yang terlibat dan sama ada beliau hadir dalam mesyuarat atau taklimat mengenai pemberian kerakyatan.

"Malah semasa saya jadi pemangku (perdana menteri), saya tidak terlibat dalam perkara seperti itu," katanya.

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google