Apakah tugas polis membelasah orang? Buktikan ianya tidak benar!



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Apakah ini Prosedur Operasi Standard Baru (SOP) Baru polis terhadap petugas media? 
Memang pelik prosedur baru yang diperkenalkan oleh PDRM kita kali inih! Wartawan yang akan membuat liputan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu ini digesa supaya memakai pas khas yang dikeluarkan oleh pihak polis supaya mereka mudah dikenal pasti. 
Wahai, bagaimana pula halnya dengan pihak polis sendiri yang menyamar dan membuat provokasi sewaktu perhimpunan aman rakyat? Ada banyak gambar polis yang bertugas tanpa lencana nama dan nombor. Malah ada yang menutup muka supaya tidak dikenali. 
Apakah tujuan penyamaran polis sedemikian kalau bukan kerana mahu membelasah orang ramai? Polis kata ini adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan para wartawan dari dipukul oleh anggota polis seperti semasa perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas. 
Pada himpunan itu, dua wartawan dimasukkan ke hospital akibat dipukul polis manakala beberapa wartawan dan jurugambar dikasari termasuk kad memori kamera mereka dirampas dan dilarang mengambil gambar. 
Sedangkan wartawan dari organisasi berita sudahpun memiliki kad akreditasi kerajaan, namun polis seolah-olah tidak menghormati pemilik kad tersebut dan hanya mereka yang memakai ‘pas polis’ adalah wartawan dan patut diberi kerjasama. 
Apakah kalau petugas media tanpa ‘pas polis’ , maka polis bolehlah rampas kamera, belasah mereka macam waktu BERSIH 3.0 dulu tu? 
Apakah ini lessen untuk polis mengganas dan membelasah orang? Bagaimana pula dengan hak warga negara yang hanya mempunyai MyKad yang akan menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, 12 Januari ini di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, bermula jam 2 hingga 5 petang? 
Apakah polis diberikan hak untuk membelasah mereka semata-mata kerana mereka tidak mendapat ‘Pas Polis’ ? 
Sudah ada banyak contoh perhimpunan yang berlangsung secara aman hasil kerjasama polis dan orang awam. Seperti Himpunan 901 dan juga Himpunan Oren , tiada masalah apa pun. 
Tugas polis adalah mengawal dan menjamin keselamatan orang ramai.Bukan sahaja terhad kepada petugas media, malah seluruh rakyat. Bukan seperti yang ditayangkan melalui video berikut :

Harap, pihak polis yang bertugas akan memakailah pakaian polis yang mudah dikenali dengan nombor masing-masing. Jangan pula menyamar sebagai pendemo dan berantakan membuat provokasi serperti di masa yang lepas-lepas (tengok video atas tuh!) sewaktu rakyat berdemo secara aman. - al-Husseyn

1 comment:

Anonymous said...

Benarkah dia tu polis... kalau benar polis dia tidak boleh bertugas tanpa tanda nama di uniporm tu.. saya rasa ada yang menyamar jadi polis la tu...

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google