Ibu bapa, murid buat demo bantah guru ditukar Dua guru sekolah itu dipindahkan ke sekolah lain kerana dikatakan membuat aduan kepada pihak atasan berhubung dua pekerja am yang menerima kata-kata lucah daripada guru besar. JEMPOL: Seramai 60 ibu bapa, penjaga dan murid mengadakan bantahan aman di depan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kelpin, Rompin, di Jempol Negeri Sembilan; pada hari pertama pembukaan sekolah sesi 2013 semalam. Bantahan diadakan berikutan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak bertanggungjawab menukar dua guru sekolah terbabit ke sekolah lain tanpa alasan munasabah. Murid-murid yang turut mengadakan bantahan tidak mahu masuk ke dalam kelas selama sejam. Ibu bapa mendakwa dua guru sekolah itu dipindahkan ke sekolah lain kerana dikatakan membuat aduan kepada pihak atasan berhubung dua pekerja am sekolah yang menerima kata-kata lucah daripada guru besar sekolah tersebut. Mereka juga mendakwa guru besar sekolah tersebut mengugut akan memberhentikan dua pekerja am tersebut jika memberitahu perkara tersebut kepada orang lain. Kejadian didakwa berlaku pada 25 September 2012 apabila dua pekerja am sekolah berkenaan, K Poopathy,24, dan adik iparnya R Komathy,19, sedang membersihkan kawasan sekolah. Komathy mendakwa guru besar itu menegur Poopathy dan berkata Poopathy nampak letih kerana bersama suaminya semalam dan guru besar itu memberitahu dia pandai mengurut dan kemudian mempelawanya masuk ke biliknya. “Dia juga memanggil kami untuk melihat dua ekor anjing yang sedang mengawan di luar pagar sekolah. Kemudian mengugut kami supaya tidak memberitahu perkara itu kepada orang lain. “Jika kami maklumkan juga, kami akan diberhentikan kerja selain guru besar tidak akan mendatangani slip gaji kami. Jadi kami takut dan mengadu pada guru sekolah terbabit,” kata Komathy. Laporan polis Sehubungan itu Komathy berkata beliau telah membuat laporan polis pada 27 September tahun lalu berhubung tingkah laku guru besar tersebut kerana bimbang akan keselamatan beliau dan Poopathy. M Manivanan, 40, bapa kepada seorang murid, berkata beliau terkejut dengan pertukaran guru-guru terbabit yang disifatkan sebagai tindakan mengejut. “Kami tidak mahu guru besar seperti ini yang mengeluarkan kata-kata tidak senonoh kepada orang lain. Sepatutnya guru besar ini yang harus dipindahkan ke sekolah lain,” katanya. C Parvathy,46, nenek kepada seorang murid dari sekolah yang sama berkata beliau kecewa dengan pertukaran dua guru terbabit kerana mereka hanya mempertahankan maruah dua pekerja am wanita itu. “Saya difahamkan dua guru ini memaklumkan insiden dan tingkah laku guru besar itu kepada pihak atasan,” kata Parvathy. Suami kepada salah seorang guru yang ditukarkan sekolah berkata, isterinya hanya diberitahu mengenai pertukaran itu, seminggu sebelum musim persekolahan baru dibuka. “Saya juga begitu kecewa apabila mendapat tahu berita berkenaan. Isteri saya hanya mempertahankan maruah dua pekerja am ini. Bagaimanapun saya mahu kes ini disiasat pihak atasan,” ujar beliau. Sementara itu Exco Kerajaan Negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli yang menjaga portfolio Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, berkata beliau akan menyiasat insiden tersebut dengan pihak berkenaan.

Dua guru sekolah itu dipindahkan ke sekolah lain kerana dikatakan membuat aduan kepada pihak atasan berhubung dua pekerja am yang menerima kata-kata lucah daripada guru besar.
JEMPOL: Seramai 60 ibu bapa, penjaga dan murid mengadakan bantahan aman di depan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kelpin, Rompin,  di Jempol Negeri Sembilan; pada hari pertama pembukaan sekolah sesi 2013 semalam.
Bantahan diadakan berikutan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak bertanggungjawab menukar dua guru sekolah terbabit ke sekolah lain tanpa alasan munasabah.
Murid-murid yang turut mengadakan bantahan tidak mahu masuk ke dalam kelas selama sejam.
Ibu bapa mendakwa dua guru sekolah itu dipindahkan ke sekolah lain kerana dikatakan membuat aduan kepada pihak atasan berhubung dua pekerja am sekolah yang menerima kata-kata lucah daripada guru besar sekolah tersebut.
Mereka juga mendakwa guru besar sekolah tersebut mengugut akan memberhentikan dua pekerja am tersebut jika memberitahu perkara tersebut kepada orang lain.
Kejadian didakwa berlaku pada 25 September 2012 apabila dua pekerja am sekolah berkenaan, K Poopathy,24, dan adik iparnya R Komathy,19, sedang membersihkan kawasan sekolah.
Komathy mendakwa guru besar itu menegur Poopathy dan berkata Poopathy nampak letih kerana bersama suaminya semalam dan guru besar itu memberitahu dia pandai mengurut dan kemudian mempelawanya masuk ke biliknya.
“Dia juga memanggil kami untuk melihat dua ekor anjing yang sedang mengawan di luar pagar sekolah. Kemudian mengugut kami supaya tidak memberitahu perkara itu kepada orang lain.
“Jika kami maklumkan juga, kami akan diberhentikan kerja selain guru besar tidak akan mendatangani slip gaji kami. Jadi kami takut dan mengadu pada guru sekolah terbabit,” kata Komathy.
Laporan polis
Sehubungan itu Komathy berkata beliau telah membuat laporan polis pada 27 September tahun lalu berhubung tingkah laku guru besar tersebut kerana bimbang akan keselamatan beliau dan Poopathy.
M Manivanan, 40, bapa kepada seorang murid, berkata beliau terkejut dengan pertukaran guru-guru terbabit yang disifatkan sebagai tindakan mengejut.
“Kami tidak mahu guru besar seperti ini yang mengeluarkan kata-kata tidak senonoh kepada orang lain. Sepatutnya guru besar ini yang harus dipindahkan ke sekolah lain,” katanya.
C Parvathy,46, nenek kepada seorang murid dari sekolah yang sama berkata beliau kecewa dengan pertukaran dua guru terbabit kerana mereka hanya mempertahankan maruah dua pekerja am wanita itu.
“Saya difahamkan dua guru ini memaklumkan insiden dan tingkah laku guru besar itu kepada pihak atasan,” kata Parvathy.
Suami kepada salah seorang guru yang ditukarkan sekolah berkata, isterinya hanya diberitahu mengenai pertukaran itu, seminggu sebelum musim persekolahan baru dibuka.
“Saya juga begitu kecewa apabila mendapat tahu berita berkenaan. Isteri saya hanya mempertahankan maruah dua pekerja am ini. Bagaimanapun saya mahu kes ini disiasat pihak atasan,” ujar beliau.
Sementara itu Exco Kerajaan Negeri,  Datuk Shamsulkahar Mohd Deli yang menjaga portfolio Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, berkata beliau akan menyiasat insiden tersebut dengan pihak berkenaan.

No comments: