Kalimah Allah. Majlis Raja-Raja disaran betulkan perangai raja-raja dulu!


Dah setel yang kat atas, baru la nak menyibuk hal di bawah. Baca:
Kuala Lumpur: Majlis Raja-Raja disaran memanggil mesyuarat tergempar dengan segera bagi membincangkan isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam yang semakin mengelirukan.
Ini berikutan polemik dan percanggahan pandangan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Selasa lalu, yang memutuskan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan penganut agama lain di negeri itu.
Pandangan bercanggah antara percanggahan pandangan itu ialah:
Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, dilaporkan berkata pakatan pembangkang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan bukan Islam dalam amalan mereka.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpendapat tidak salah kalimah Allah digunakan dalam Bible.
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata penggunaan kalimah oleh bukan Islam perlu dilihat sama ada penggunaannya untuk tujuan kebaikan atau keburukan.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang dilaporkan berkata kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam sebarang bentuk oleh penganut agama lain.
Berikutan kecelaruan itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta Majlis Raja-Raja campur tangan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mempermainkan kalimah Allah.
Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, dalam sidang akhbar di Shah Alam, malam kelmarin, berkata Majlis Raja-Raja adalah badan rasmi ditubuhkan mengikut Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di setiap negeri kepada Raja dan Sultan serta Yang di-Pertua Negeri.
Kita sudah letih, penat bersuara dan bercakap macam-macam lagi. Semuanya sudah kita lakukan selama ini, tetapi selepas Sultan Selangor bertitah dengan tegas, kita percaya akan ada susulan daripada titah baginda, katanya.
Bercakap pada sidang media sama, Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali, berkata sudah tiba masanya Majlis Raja-Raja tampil ke depan mengadakan mesyuarat luar biasa bagi membincangkan isu itu.
Saya lihat kita sudah tiba pada satu peringkat yang sangat kritikal bagi negara ini, khususnya Islam dan masyarakat Melayu. Boleh dikatakan setiap masa dan ketika masyarakat Melayu dan Islam dicabar, katanya.
Pengerusi Biro Antarabangsa Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakrul Azman Abu Bakar mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan turut dijemput menyertai Mesyuarat Raja-Raja dengan bertindak sebagai penasihat dalam membincangkan isu yang disifatkannya amat penting demi menjaga kebesaran Allah dan maruah Islam di negara ini.
Katanya, IKIAM tidak mahu isu itu terus berlarutan dan menjadi semakin sukar apabila dijadikan alat politik oleh parti politik seperti PAS yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam amalan mereka.
Begitu juga amanat Haji Hadi yang sejak lebih 30 tahun lalu menyebabkan perpecahan sesama umat Islam terus berlaku sehingga sekarang khususnya di Terengganu katanya di Kuala Terengganu, semalam.
P/S: Yang buat jawatan ketua agama ni penjajah zaman kolonial dulu. Penjajah ni kafir. Kafir lantik ketua agama Islam? hahaha!
- media perak

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google