Kenapa AES diswastakan, apakah Jabatan Polis & JPJ tidak mampu manjalankan tugas mereka?

AES Bermotifkan Keuntungan Jika Diswastakan
AES Bermotifkan Keuntungan Jika Diswastakan
AES tidak wajar diswastakan kerana boleh menimbulkan persoalan di kalangan rakyat sama ada ia bermotifkan keuntungan-Tan Sri Musa Hassan 
 
SHAH ALAM – Perkara-perkara yang membabitkan pelaksanaan undang-undang seperti kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak wajar diswastakan kerana boleh menimbulkan persoalan di kalangan rakyat sama ada ia bermotifkan keuntungan, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Justeru, kata beliau, dalam keadaan sekarang penerangan yang terperinci harus dilakukan supaya rakyat benar-benar faham berkenaan hal itu dan tidak menimbulkan persepsi yang bukan-bukan.
“Sepatutnya benda-benda seperti penguatkuasaan kita tidak boleh swasta tetapi oleh kerana sudah dibuat begitu, jadi saya harap ini harus dimulakan dengan memberi pendidikan kepada orang ramai terlebih dahulu kerana mereka takut sekiranya sistem ini hanya untuk mendapatkan keuntungan bagi pihak syarikat. Itu kita kena beritahu. Itu penting,” jelas beliau.

Projek AES dianugerahkan kepada syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, projek AES diberikan kepada syarikat berkenaan pada tahun 2008.Projek AES ini menimbulkan reaksi pelbagai pihak sama ada di kalangan pemimpin kerajaan, pembangkang dan tidak kurang juga rakyat yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem terbabit.
Oktober lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan, empat kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan untuk pemasangan AES.

Katanya, pemasangan 331 kamera AES yang dicadangkan di empat negeri terbabit, seharusnya mendapat kelulusan pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.Esok kerajaan negeri Selangor akan menutup dua kamera AES di Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan  berhampiran jalan Bangi ke Cyberjaya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu ekoran kegagalan kementerian yang bertanggungjawab memberi respon kepada surat yang dihantar oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).Kerajaan Negeri Selangor menyifatkan kamera AES dipasang sewenang-wenangnya dan tidak mengikut pemerhatian, analisis dan kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google