Penganjur Minta Peserta HKR112 Patuhi Arahan Pimpinan

Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR 112) perlu mematuhi semua arahan yang diberikan pimpinan semasa berkumpul dan bergerak ke Stadium Merdeka Sabtu ini.

Ini kerana, Penganjur HKR 112 dan polis sudah menyatakan persetujuan bersama bagi menetapkan beberapa lokasi yang akan dijadikan lokasi awal berkumpul.

Perkara ini dinyatakan Ahli Jawtankuasa Penganjur HKR 112, Hishamuddin Rais dalam satu sidang media di perkarangan IPD Dang Wangi selepas perbincangan bersama lebih satu jam bersama pihak polis.

Lokasi dan pimpinan Pakatan Rakyat yang terlibat adalah seperti berikut:

Brickfields – Aruchelvan, Maria Chin Abdullah dan Faizal Yusof.

Universiti Malaya – Nurul Izzah, Ng Suee Lim dan Raja Iskandar, Adam Adli, Safwan Anang.

KLCC – Mazlan Aliman, Datuk Husam Musa, Datuk Teng Chang Kim.

Jalan Sultan – Ronnie Liu, Fuziah Salleh

Pasar Seni – Dr Siti Mariah, Taresa Kok, Elizabeth Wong

Padang Sultan Sulaiman – Chegu Bard

Selain itu, penganjur juga turut menyatakan empat jalan utama akan ditutup bagi memastikan perhimpunan dan pergerakkan peserta berlangsung lancar.

Empat jalan tersebut adalah Jalan Hang Jebat, Jalan Changkat Stadium, Jalan Stadium dan Jalan Maharajalela.

Menurut Hishamuddin lagi, peserta turut diingatkan supaya menggunakan kenderaan awam bagi mengelakkan kesesakkan pada hari himpunan.

“Kami daripada pihak penganjur juga meminta peniaga-peniaga berniaga kalau boleh di seberang jalan berhampiran Chinese Assambly Hall (KLCAH).

“Ini merupakan sebahagian daripada perkara yang dipersetujui bersama polis tadi,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur HKR, Mohammad Sabu menyatakan, perbincangan bersama pihak pengurusan Stadium Merdeka pagi tadi berlangsung positif.

Selain itu, pihaknya juga bersedia mematuhi 27 peraturan yang ditetapkan seperti yang dinyatakan di dalam Akta Himpunan Aman 2012.

“Perbincangan stadium cukup positif di mana perkara tentang keselamatan dan teknikal,” katanya.

Beliau menambah, penganjur juga akan menyediakan 10,000 anggota keselamatan yang terdiri daripada Unit Amal dan anggota Pakatan Rakyat bagi membantu perjalanan himpunan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis tidak membenarkan sebarang kain rentang dan pelekat berunsur hasutan, dan memecah belahkan keamanan dibawa semasa himpunan bagi mengelakkan perasaan gusar masyarakat dan
orang awam. 

selangorku

No comments: