Respon Haji Hadi Buat UMNO Gelabah Sangat2


Sehingga hari ini, segala provokasi UMNO dalam isu Amanat Haji Hadi tidak dijawab oleh Presiden PAS.

Setiap hari dalam Utusan Meloya diletak di muka hadapan kononnya ada orang2 PAS yang mengkafir dan memutuskan hubungan kekeluargaan hanya kerana Amanat Haji Hadi Awang. Orang2 yang diambil kenyataan itu biasanya bekas2 pemimpin PAS yang kecewa ataupun telah dibeli.

Malang bagi UMNO, Haji Hadi langsung tidak melayan provokasi murahan UMNO itu. Sedikit pun Haji Hadi tidak memberi komen di atas kenyataan yang pernah beliau buat terdahulu.

Hanya sekadar meminta UMNO memberikan slot satu jam secara SIARAN LANSUNG bagi menerangkan kenyataan beliau.

Dan, UMNO benar-benar gelabah.

Kelihatan Rais Yatim Bakar Jambatan cuba membuat BERBAGAI2 alasan untuk tidak membenarkan TG Haji Hadi berbuat demikian.

Manakala orang lain pun berusaha bersungguh2 mahu menafikan hak TG HAji Hadi satu jam dengan berbuat berbagai2 asalan yang tidak masuk akal.

Sekarang ini semua serangan ke atas Haji Hadi serta Amanat Haji Hadi sudah tidak berkesan lagi.

Ini kerana selagi tidak diberi slot satu jam itu, apa sahaja yang UMNO perkatakan sudah tidak laku lagi.

Saya meminta TG Haji Hadi supaya terus tidak mengendahkan provokasi2 UMNO selagi UMNO tidak memberikan slot satu jam tersebut.

Hakikatnya, TG Haji Hadi sudah pun menang.

Pokoknya, setelah 30 tahun, tiada satu pun pendakwaan ke atas TG Haji Hadi di mana-mana Mahkamah Syariah menunjukkan kenyataan TG Haji Hadi itu benar.

TULANG BESI

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google