BN hidu ‘ajal’ mereka: Kroni dapat projek lebih RM20 bilion..!!

unisamy shared Otai Reformasi II's photo.
BN hidu ‘ajal’ mereka: Kroni dapat projek lebih RM20 bilion..!!

 Anugerah kontrak pelbagai projek mega dan penswastaan bernilai lebih RM20 bilion oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada kelompok tertentu menguatkan lagi spekulasi parti pemerintah itu akan “menemui ajalnya” pada pilihan raya umum akan datang.
“Kebarangkalian besar Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi Kerajaan Persekutuan bukan sesuatu yang mustahil,” demikian kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.
Rasional ini dijelaskan lagi dengan penangguhan beberapa kali Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana takut BN akan hilang mandat memerintah.
“Namun yang jelas, pilihan raya yang ditangguh ini nampaknya memberi keuntungan kepada kerajaan BN apabila tawaran projek penswastaan dianugerah kepada pihak yang menjadi pilihan mereka,” jelas beliau.
Pua berkata, terbaru yang mengejutkan ialah anugerah konsesi oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebanyak RM1.55 bilion untuk projek penswastaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) secara runding terus kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) pada Rabu, baru-baru ini.

No comments: