‘Najib tidak berani siasat pencerobohan Sabah’

K Pragalath | March 19, 2013
Datuk Mat Zain Ibrahim turut menuduh Peguam Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah sebagai bersandiwara dalam usaha mengekstradisi ketua kumpulan pengganas Sulu.
PETALING JAYA: Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendakwa  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes pencerobohan Lahad Datu di Sabah  kerana kepentingan politik dan kroni.
“Kuasa ada di tangan Perdana Menteri dan beliau sepatutnya boleh mengisytiharkan pembentukan RCI itu serta merta, jika kerajaan yakin yang tidak ada isu yang ingin disembunyikan atau dipolitikkan.
“Selain daripada menumpukan minat untuk menyiasat dalang disebalik pencerobohan tersebut,kerajaan juga wajar mengenalpasti kesilapan, kecuaian dan campurtangan pemimpin politik yang dipercayai telah menyumbang kepada tragedi berdarah pertama di-Kampung Tanduo dan disusuli di-Semporna ketika diperingkat Ops Sulu.
“Setelah melebehi 70 orang dilaporkan terkorban bagi kedua-dua pihak pasukan keselamatan dan penceroboh, Najib nampaknya masih lagi teragak-agak dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk membentuk RCI tersebut.
“Beliau seolah lebih mementingkan kedudukkan politik beliau dan kroni-kroni beliau sahaja, daripada mencari punca dan kecuaian, bagaimana sebegitu ramai anggota keselamatan kita khasnya dari Pasukan Polis, bukan sahaja terkorban malahan ditawan,diseksa dengan kejam sebelum dibunuh,” kata Mat Zain dalam sepucuk surat terbuka kepada Ketua Polis Negara. Tan Sri Ismail Omar.
Bersandiwara
Mat Zain turut menuduh Peguam Negara Tan Sri  Abdul Gani Patail dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sebagai bersandiwara dalam usaha mengekstradisi ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie atau Abgimuddin kerana Malaysia tidak pernah menandatangani perjanjian ekstradisi dengan Filipina.
“Mereka berdua tidak menerangkan perkara sebenar kepada rakyat, bahawa proses mengekstradisi Jamalul dan Azzimudie Kiram itu, bukan sahaja memerlukan kerjasama erat pihak berkuasa Filipina, malahan memerlukan kelulusan daripada Manila,” jelas Mat Zain.
Tambahan pula Mat Zain turut menyoal peranan Patail dan Hamza untuk mengelakkan Manuel Amalilio ditahan oleh pihak berkuasa Filipina kerana menipu 15,000 rakyat Filipina dalam skim cepat kaya berjumlah RM900 juta.
“Sekiranya Hamza dan Gani Patail mempunyai peranan dan terlibat secara langsung dalam “merampas”
Manuel Amalilio daripada tangan pihak berkuasa Filipina, beberapa minit sebelum penjenayah yang sangat mereka kehendaki itu, menaiki pesawat ke Manila di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 26 Januari lalu maka apakah kerjasama yang Gani Patail dan Hamza Taib boleh harapkan dari Manila, untuk mengekstradisi Jamalul dan Azzimudie pula?
Setiausaha Dalam Negeri Filipina,Mr.Mar Roxas telah dilaporkan sebagai menuduh Ketua Menteri Sabah,  Datuk Seri Musa Aman campur tangan dalam menghalang saudara bau bacangnya, Manuel Amalilio daripada dibawa balik ke Filipina pada saat-saat akhir.
Mat Zain membuat spekulasi bahawa keengganan Malaysia untuk menghantar Manuel ialah antara sebab yang akan menyebabkan usaha ekstradisi kumpulan Sulu akan gagal.
Apa kaitan dengan Manuel Amalilio?
“Persoalannya ialah apakah kaitannya proses ekstradisi Manuel Amalilio dengan pencerobohan bersentaja pengikut Jamalul Kiram di Lahad Datu, sehingga menyebabkan Manila membatalkan proses membawa Amalilio balik ke Filipina? Jika ia tidak ada kaitan,mengapa pula Setiausaha Jabatan Keadilan Filipina Leila de Lima berkata sedemikian?
“Perlu diingatkan bahawa Leila de Lima membuat kenyataan tersebut hanya beberapa hari sahaja selepas Gani Patail mengumumkan di Putrajaya akan meneliti proses ekstradisi keatas Jamalul Kiram.
Pada 13 Mac Leila menyatakan usaha ekstradisi Manuel dibatalkan ekoran konflik di Sabah.
Seterusnya Mat Zain turut menyifatkan kelemahan tentera Malaysia yang menjaga sempadan dan kenyataan  menteri yang mengelirukan menyebabkan krisis di Lahad Datu berterusan.
Sebagai contoh beliau memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 16 Februari dan Ketua Menteri Sabah Musa.
Hishammuddin dilaporkan berkata: “Kesemua ahli kumpulan bersenjata dari Filipina yang telah mendarat di Lahad Datu,Sabah, akan dihantar pulang ke negara asal mereka seberapa cepat yang mungkin. Berdasarkan daripada sumber inteligen, mereka bukan terdiri daripada kumpulan militen atau pengganas. Mereka merupakan penyokong Kesultanan Sulu dan beliau berharap dan berdoa mereka dapat diusir keluar segera”.
Musa pula dilaporkan berkata: “Kerajaan telah selesai mengadakan perbincangan (dengan penceroboh)dan mereka akan dihantar pulang ke negara asal.”
Menurut Mat Zain kenyataan sebegini telah mengelirukan tahap kewaspadaan pihak keselamatan dan menyebabkan Sabah dibolosi pengganas.
Setelah melebehi 70 orang dilaporkan terkorban bagi kedua-dua pihak pasukan keselamatan dan penceroboh sejak mereka menceroboh Sabah 12 Februari lalu.

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google