Puluhan ribu IC biru diberi untuk orang Sulu – Bekas Ketua Daerah

(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 19 MAC: Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim mengakui menandatangani puluhan ribu borang kosong bagi membolehkan pendaftaran kad pengenalan biru (IC).
Beliau menandatangani borang kosong HNR3 iaitu dokumen untuk pengesahan kelahiran bagi membolehkan seseorang mendapat kad pengenalan, tanpa mengetahui nama dan butiran yang akan diisi.
Hassnar (tengah) dalam forum pendedahan malam tadi.
Hassnar (tengah) dalam forum pendedahan malam tadi.
Borang pendaftaran, katanya, diterima dari ketua-ketua kampung yang kemudian diserahkan kepada Pegawai Daerah untuk diproses.
Membuat pendedahan pada pada Forum ‘Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ malam tadi, beliau berkata lebih 125,000 kad pengenalan dikeluarkan kepada pendatang haram di Sabah antara April 1976 hingga April 1984.
Malah, katanya, beliau diarah menandatangani 500 borang HNR3 walaupun baru tiga hari dilantik menyandang jawatan berkenaan pada 1982.
“Borang HNR3 adalah dokumen sah. Siapa yang bawa borang berkenaan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan didaftar sebagai surat lahir (beranak),” katanya pada forum itu di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).
Kata Hassnar, BN juga mengambil kesempatan atas peperangan di Jolo, selatan Filipina untuk mendaftar puluhan ribu pelarian termasuk warga Sulu menjadi warganegara Malaysia menggunakan borang HNR3.
Beliau percaya, ada 800,000 warga Sulu yang dijadikan warganegara Malaysia dengan sebahagiannya diberi kerakyatan melalui Projek IC.
Hassnar ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1988 selama dua bulan, kemudian sebagai tahanan rumah selama dua tahun di Sandakan bermula 6 September 1998.

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google