Tarikh luput Parlimen adalah 29 April 2013 & akan terbubar dengan sendirinya pada tarikh ini...

Tarikh luput Parlimen adalah 29 April 2013 & akan terbubar dengan sendirinya pada tarikh ini... Bagi DUN, ianya terbubar dengan sendirinya mengikut tarikh-tarikh (seperti dalam gambar)

Parlimen atau Dewan-Dewan Undangan Negeri akan bubar secara automatik bukan berasaskan tarikh pilihan raya tetapi tarikh mesyuarat pertamanya...

Parlimen yang ada sekarang memulakan mesyuarat pertamanya pada 28 April 2008 hingga 29 Mei 2008 dan bermula pada tarikh itulah hayat lima tahun dikira, bukan bermula dari tarikh pilihan raya umum pada 8 Mac 2008. Ini bermakna jangka hayat Parlimen sekarang berakhir pada 29 April 2013, iaitu tarikh Parlimen terbubar secara automatik. Ada yang berpendapat pada 28 April dan ada pula yang berkata 30 April. Walau apapun, akhir bulan April depan. Itu yang pasti.

Perkara ini jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu Fasal (3) Perkara 55 - Parlimen dibubarkan selepas lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama...

Perkara 55 (3) memperuntukkan, "Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar"...

Perkara 55 (2) pula menyatakan, "Yang diPertuan Agong boleh memberhenti atau membubarkan Parlimen"...

Oleh kerana perkara ini belum berlaku tetapi masih boleh berlaku, kita tidak boleh tolak sama sekali yang Parlimen berkemungkinan dibubar sebelum hujung bulan April. Itupun jika Yang diPertuan Agong perkenan akan nasihat Perdana Menteri untuk berbuat demikian.

Apabila Parlimen dibubarkan, maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti menjalankan urusan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu dan selepas itu, Parlimen yang baru dipilih hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran itu.

Untuk makluman, Bermula dari tarikh mesyuarat pertama itulah hayat Parlimen diambil kira, dan bukanlah dari tarikh diadakan pilihan raya...

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.

Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google