Untung RM4.3 bilion bukti monopoli penyiaran kayakan kroni Umno

KUALA LUMPUR 17 MAC: Amalan monopoli yang diamal kerajaan Umno BN menguntungkan syarikat kroni hingga memperoleh pendapatan berbilion ringgit setahun, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Merujuk laporan media arus perdana semalam yang memapar keuntungan sebuah syarikat penyiaran berbayar tempatan hingga mencecah RM4.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2013, beliau berkata:
“Ia sangat memualkan kerana mereka kutip untung dengan menindas pengguna yang terpaksa bayar bil langganan setiap bulan. Ia berpunca dari amalan monopoli yang direstui Umno BN.
“Syarikat berkenaan berkuasa menaik kadar langganan sesuka hati tanpa sekatan kerajaan. Apatah lagi, kita tahu pemiliknya ialah Ananda Krishnan iaitu sahabat baik pemimpin Umno BN.
“Jadi, syarikat itu menikmati peluang monopoli yang luas,” katanya kepada Keadilan Daily sambil secara sinis mencadangkan syarikat berkenaan menjadi hak milik kerajaan.

“Inilah sikap Umno BN yang sering dakwa memperjuang nasib rakyat tetapi pada masa sama, membiarkan syarikat monopoli mengikis wang rakyat.
“Pemilik syarikat itu kaya kerana dibantu Umno BN untuk menambah kekayaannya manakala rakyat pula hanya diberi gula-gula bantuan ‘one-off’ (BR1M),” katanya.
Rafizi berkata, Pakatan Rakyat sebaliknya bertekad menubuhkan Suruhanjaya Anti Monopoli sebaik sahaja memegang tampuk pemerintahan bagi mengelak penindasan berleluasa.
“Suruhanjaya itu akan menyekat amalan monopoli dan buka peluang sama rata kepada syarikat lain dalam industri sama. Hasilnya, bila banyak pilihan, harga dan kualiti produk terbaik dapat dinikmati rakyat,” katanya.

KUALA LUMPUR  Amalan monopoli yang diamal kerajaan Umno BN menguntungkan syarikat kroni hingga memperoleh pendapatan berbilion ringgit setahun, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Merujuk laporan media arus perdana semalam yang memapar keuntungan sebuah syarikat penyiaran berbayar tempatan hingga mencecah RM4.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2013, beliau berkata:
“Ia sangat memualkan kerana mereka kutip untung dengan menindas pengguna yang terpaksa bayar bil langganan setiap bulan. Ia berpunca dari amalan monopoli yang direstui Umno BN.
“Syarikat berkenaan berkuasa menaik kadar langganan sesuka hati tanpa sekatan kerajaan. Apatah lagi, kita tahu pemiliknya ialah Ananda Krishnan iaitu sahabat baik pemimpin Umno BN.
“Jadi, syarikat itu menikmati peluang monopoli yang luas,” katanya kepada Keadilan Daily sambil secara sinis mencadangkan syarikat berkenaan menjadi hak milik kerajaan.

“Inilah sikap Umno BN yang sering dakwa memperjuang nasib rakyat tetapi pada masa sama, membiarkan syarikat monopoli mengikis wang rakyat.
“Pemilik syarikat itu kaya kerana dibantu Umno BN untuk menambah kekayaannya manakala rakyat pula hanya diberi gula-gula bantuan ‘one-off’ (BR1M),” katanya.
Rafizi berkata, Pakatan Rakyat sebaliknya bertekad menubuhkan Suruhanjaya Anti Monopoli sebaik sahaja memegang tampuk pemerintahan bagi mengelak penindasan berleluasa.
“Suruhanjaya itu akan menyekat amalan monopoli dan buka peluang sama rata kepada syarikat lain dalam industri sama. Hasilnya, bila banyak pilihan, harga dan kualiti produk terbaik dapat dinikmati rakyat,” katanya.

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.

Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google