Pages

Rakyat Dibebankan Dengan Kenaikan Keterlaluan!! (Malay Language)

Rakyat pastinya dirundung kehidupan rumit. Bermula dari harga minyak, menjalar ke bil eletrik, tertekan parah dengan kos pengangkutan dan harga barang keperluan lainnya.

Arakian subsidi minyak dikurangkan, tetapi persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor kemana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun. Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah Projek mega dan Koridor!

Rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan. Kemenfaatannya adalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek.

Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab!

Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.

ANWAR IBRAHIM

No comments:

Post a Comment