Pages

Lagi Pemimpin Parti Gerakan Menyertai Kempen DSAI di Permatang Pauh (malay language)


PERMATANG PAUH, Yayasan Aman 22 OGOS - Seorang lagi pemimpin Parti Gerakan Rakyat (Gerakan-BN), Dr. Tan Kee Kwang yang merupakan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan kini menyertai kempen pilihanraya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan sepatutnya pimpinan negara resah akan kedudukan ekonomi negera berbanding memainkan sentimen perkauman terutamanya sepanjang kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Beliau yang kini berada di Pulau Pinang secara terbuka menyifatkan DSAI sepatutnya menerajui negara dan meminta rakyat memberikan sokongan padu kepada Anwar.

Berikutan itu beliau telah digantung keahliannya, bersedia menerima keputusan pecat oleh Barisan Nasional.

Sebelum itu, pimpinan tertinggi parti itu juag, Dato’ Dr. Toh Kin Woon juga menyatakan sokongan terbuka beliau secara sendiri dan melepaskan jawatan tersebut kelmarin.

Pemimpin Parti Gerakan telah menyatakan ketidak percayaan anggotanya kepada BN, menunjukan BN semakin kusut untuk di pulihkan lagi.

Permatang Pauh

No comments:

Post a Comment