Pages

Swasta IJN: Pemimpin Melayu patut dibaling kasut?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri
“Syarikat Sime Darby mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan “

Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri
” Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat"

Datuk Dr. Chua Soi Lek
Timbalan Presiden MCA

(Bekas Menteri Kesihatan)
” Walaupun IJN kini bertaraf dunia ia masih perlu memberikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan ini merupakan kriteria yang diperlukan “

Khairy Jamaludin
Naib Ketua Pemuda UMNO

” Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus “

Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby

Dr. Mahathir dalam blognya memberitahu, beliau tidak menentang penswastaan jabatan kerajaan tetapi hanya menentang penswastaan IJN.”

Baginya, penswastaan IJN merupakan sesuatu perkara yang tidak betul untuk dilakukan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rancangan Sime Darby untuk mengambil alih 51 peratus ekuiti IJN ditangguhkan hingga kajian mendalam dilakukan oleh kementerian-kementerian yang berkaitan.

Hairan sungguh hairan bagaimanakah agaknya cara berfikir para pemimpin Malaysia ? .Ditengah - tengah rakyat perit , jerih, sengsara mengharung kehidupan seharian mereka membuat pelbagai cadangan dangkal .

Belum pun sempurna siap bangunan IJN yang baru itu. Pemimpin UMNO sudah mengumumkan penswastaan 51 peratus ekuiti IJN kepada Sime Darby . Apakah mereka sudah hilang akal ? dimana kewarasan ?.

Kita mahu bertanya kepada mereka dimanakah hospital swasta yang murah dan mudah untuk mendapat rawatan.?Apakah mereka berfikir poket rakyat malaysia penuh seperti poket mereka ?.

Semakin hari semakin tidak keruan tindakan mereka .Rakyat Malaysia wajib bangun menentang rancangan ini.

Para pengundi pilihanraya kecil Kuala Trengganu mesti memberi isyarat protes dengan mengundi PAS .

Kerajaan UMNO - BN sering memperbodohkan rakyat .kini Najib mengumumkan akan mengkaji / menangguh semula cadangan tersebut .

Penulis percaya ini adalah helah mereka .BN takut akan mereka akan dihukum oleh rakyat kuala trengganu . Jadi jalan mudah umumkan penangguhan.

Kelakar juga melihat aksi UMNO .Umum dahulu kemudian kaji…pelik.??

Percayalah jika penswastaan itu diteruskan mereka juga akan”dibaling kasut “oleh rakyat .
22/12/08

No comments:

Post a Comment