Pages

Lintas Langsung (2) dari P036 K. Terengganu~malaysiakini

5.40 petang Proses pengiraan undi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini kini sedang berlangsung dengan hampir 80% pengundi telah keluar mengundi hari ini.

Undi sedang dikira di pusat-pusat mengundi yang dijangka akan mengambil masa kira-kira dua jam.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata peratusan keluar mengundi mencecah 80 peratus.

Pemilihan kali ini menyaksikan persaingan tiga penjuru yang membabitkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari Barisan Nasional (BN), Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat @ Adam (Bebas).
Pada pilihan raya umum lalu, Razali berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.
Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Mohamad (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong berikutan kematian mengejut penyandangnya iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lepas.
5.00 petamg Proses pengundian pilhan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu telah berakhir pukul 5 petang tadi.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata peratusan keluar mengundi mencecah 80 peratus.

Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila daripada sekarang dan keputusan rasmi dijangka diperolehi sebelum pukul 10.30 malam. SPR akan mengadakan sidang media pada pukul 6 petang ini.
4.00 ptg Hampir 70 peratus warga Kuala Terengganu telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil yang diadakan untuk memilih Ahli Parlimen baru bagi kerusi Kuala Terengganu - kali kedua selepas pilihan raya umum Mac lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peratusan itu merupakan pertambahan sebanyak 30 peratus sejak pukul 12 tengah hari tadi.

Sementara itu, beberapa pemimpin PAS yang dihubungi berkata, mereka berada dalam keadaan yang cukup selesa untuk mencapai kemenangan hari ini.

Bagaimanapun, mereka tetap bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Terdahulu, setakat tengah hari tadi, kira-kita 40 peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

"Seramai 41.84 peratus atau 33,133 pengundi sudah mengundi setakat ini," kata Abdul Aziz yang turut menyifatkannya sebagai memuaskan.

Beliau yakin ramai yang akan keluar mengundi menjelang 5 petang ini.

Daripada 33,133 itu, seramai 1,323 mengundi antara 8 dan 9 pagi, 18,624 (antara 9 dan 10 pagi), 3,225 (antara 10 dan 11 pagi) dan 9,850 (11 pagi dan 12 tengah hari).
Kerusi ini mempunyai 80,229 pengundi tetapi hanya 79,194 orang mengundi hari ini selepas ditolak pemilih pos.
2.45 ptg Dua jam lagi menjelang tamat tempoh mengundi pada jam 5 petang, petugas dan penyokong kedua-dua parti yang bertanding ramai semula. Pengundi mula mengundi selepas waktu makan tengahari. Bagaimanapun, jumlah mereka kurang daripada pagi tadi dan jalan-jalan juga agak lengang.

2.00 ptg Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) menyifatkan jumlah 42 peratus pemilih yang telah mengundi sehingga tengahari tadi sebagai perkara biasa. Badan itu belum menerima sebarang laporan mengenai insiden tidak diingini berlaku sehingga ini, kata Pengarah Mafrel, Kol (B) Shahrudin Othman.

1.30 t/hari Satu pergaduhan kecil berlaku antara beberapa penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengan Gong Kapas tengahari tadi.

Pergaduhan yang berlaku pada kira-kira 12.15 tengahari tadi berpunca daripada perbuatan ejek mengejek antara kedua belah pihak di situ.

Penyokong Umno itu dikatakan berada di pejabat Umno Kuala Terengganu yang terletak di sebelah sekolah tersebut, kata sumber Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI).

Manakala penyokong PAS dan PKR pula, katanya, sedang berkempen tidak jauh dari situ.
Keadaan itu menyebabkan suasana menjadi tegang dan akhirnya berlaku tumbuk bertumbuk.

Pergaduhan tersebut berlaku selama kira-kira lima minit, sebelum ianya dileraikan oleh beberapa anggota polis yang bertugas di situ. Menurut sumber itu lagi, tiada ada tangkapan dibuat dan difahamkan ia kemudiannya dilselesaikan secara rundingan antara pihak yang terbabit.

Difahamkan, penyokong Umno dan Pakatan yang terbabit itu, bukan dari Terengganu. Sebaliknya, mereka datang dari negeri lain untuk membantu kempen parti masing-masing dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

1.00 t/hari Kira 42 peratus warga Kuala Terengganu telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil yang diadakan untuk memilih ahli Parlimen yang baru - kali kedua selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu.

Tinjauan menunjukkan pengundi-pengundi sudah mula menuju ke pusat-pusat pengundian dalam jumlah yang banyak sepanjang dua jam yang lalu. Berbanding persekitaran hari pengundian pada 8 Mac lalu, suasana kelihatan lebih rancak pada pagi ini.

Bagi Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, beliau menyifatkan proses pengundian ketika ini berjalan dengan lancar.

"Saya tidak nampak apa-apa masalah dan berharap keaadaan ini beterusan sehingga petang," kata beliau ketika ditemui di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Pasir Panjang sebentar tadi.

Dalam perkembangan terkini, Abdul Aziz berkata jumlah orang yang sudah mengundi dalam empat jam pertama ialah kira-kira 42 peratus. Katanya bilangan peratus yang keluar megundi adalah tinggi dikalangan mereka yang berusia.

"Peratusan mereka yang keluar mengundi di Saluran Satu dan Dua iaitu orang-orang yang berumur adalah tinggi... kira-kira 50 peratus. "Bagaimanapun peratusan orang muda (Saluran Tiga) yang keluar mengudi masih rendah," katanya. Jelas beliau, antara pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari, hanya kira-kira lima peratus orang muda yang keluar mengundi.

12.40 t/hari Di DUN Batu Buruk, PKR menyediakan sukarelawan untuk membawa pengundi ke pusat pengundian di sana. Menurut ketua bahagian PKR Batu Burok, Zarawi Embong berkata, keadaan seperti pesta apabila kedua belah pihak bersorak ria antara satu sama lain.

12.30 t/hari Menurut Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, Razali Alias berkata sehingga jam 12.15 tadi, hampir separuh pemilih di DUN Ladang telah keluar mengundi. Katanya, keadaan legang di kebanyakan kawasan kerana jumlah pengundi tidak ramai.

12 t/hari Semua saluran di SK Tengku Bariah mulai lengang jam 11.30 pagi tadi. Kawasan ini mempunyai lebih 3,000 pengundi dan merupakan antara pusat pengundian terbesar di DUN Ladang.

11.40 pagi Menurut pengerusi tugas-tugas khas Umno bahagian bagi pilihanraya kecil Parlimen Terengganu, Syed Abdul Rahim Tuan Besar berkita, pemantauan pihaknya di Gong Kapas, DUN Ladang, mendapati kira-kiro 40 peratus pemilih di situ telah keluar mengundi sehingga ini. Katanya, semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingin berlaku.

11.15 pagi Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di Jalan Pasir Panjang, membabitkan lokasi tiga buah sekolah yang menjadi pusat mengundi Bukit Besar, Pasir Panjang dan Bukit Bayas.

11 pagi Kesesakan lalulintas dilaporkan berlaku kesesakan di sebelas pusat pembuangan undi di DUN Batu Burok, apabila orang ramai berkumpul untuk mengundi.Pengundian berjalan lancar.

10.30 pagi Proses pengundian di kebanyakan pusat tempat di DUN Bandar dilaporkan perlahan. Keadaan lalulintas juga tidak sesak. Menurut pekerja PKR di situ, setakat ini semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.

9.50 pagi Di pusat pengundian di Dewan Tunku Abd Rahman, dalam DUN Bandar, di mana sebahagian besarnya pengundi Cina, ramai yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka pagi ini. Terdapat kira-kira 50 penyokong kedua parti di situ tetapi keadaan terkawal.

9.00 pagi Di SK Pusat Chabang Tiga station, kira-kira 100 penyokong PAS dan Umno berada di tepi jalan membawa sepanduk dan mengebar bendera parti masing-masing. Mereka saling melaung antara satu sama lain. Penyokong PAS melaungkan ‘ Allahu-akbar’ dan dijawab oleh penyokong Umno dengan laungan “PAS kluk klek”, “PAS bohong.”

8.50 pagi Sekumpulan besar penyokong BN yang membawa bendera parti, mula berkumpul di luar SK Bukit Besar. Kedengaran laungan Allahu-akbar dan ‘Hidup BN’.

8.30 pagi Keadaan cuaca dilaporkan baik di seluruh Kuala Tetangganu pagi ini. Anggota polis yang ramai kelihatan mengawal di luar beberapa pusat-pusat mengundi.

8.15 pagi Selepas mengundi Wan Farid memberitahu pemberita: “Insya-Allah, pengundi akan mengundi dengan bijak dan memilih kesinambungan melalui BN”.

7.50 pagi Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid tiba untuk mengundi SK Bukit Besar. Beliau tiba bersama isterinya, Toh Puan Intan Baizura. Mereka mengundi pada jam 8.05 pagi.

7.45 pagi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut tiba di pusat pengundian di SK Pusat Chabang Tiga untuk mebuang undi. Beliau ditemani isterinya dan lima daripada sembilan orang anaknya. Mohd Abdul Wahid berkata beliau datang awal untuk menjadi orang pertama mengundi di situ.

malaysiakini
17/01/09

No comments:

Post a Comment