Pages

Pakatan Rakyat Terus Menggasak!

Alhamdulillah, kejutan 8 Mac 2008, Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, kebangkitan Dayak Sarawak (termasuk penyertaan YB Gabriel Adit) dan kini dengan keberanian YB Dato’ Nasaruddin bersama Keadilan tambah meyakinkan kita bahawa perubahan pasti berlaku, inshaallah.

Namun kita harus terus istiqamah dan waspada dengan muslihat pihak penguasa. Perhatikan cara mereka memutarkan kes jenayah terhadap A. Kugan dengan imbasan pertelagahan kaum, penguasaan media dan keangkuhan nada suara mereka.

Arakian, berwaspadalah dengan tekanan atau keganasan baru, ugutan dan sogokan. Pimpinan dan aktivis yang lemah atau punyai masalah akan menjadi tumpuan kalangan tersebut. Kita sudah mara jauh dari kegetiran pengalaman dilanyak dan dibantai oleh sang penguasa zalim lebih satu dasawarsa lalu. Ketika itu kita mampu bertahan. Dan kini kita diminta bersabar, istiqamah dan berjuang ditahap akhir dengan pecutan pantas, berhikmah dan yakin.

ANWAR IBRAHIM

No comments:

Post a Comment