Pages

Rithauddeen akui Umno semakin menjunam

KOTA BHARU: Bubar sayap Umno - bagi membanteras politik wang kata Tengku Rithauddeen'. Sesuatu yang cukup mengejutkan biar pun ditolak pemimpin lain Umno.

Sebagai orang lama dalam Umno, Pengerusi Lembaga Displin Umno itu merasakan sudah sampai masanya Puteri, Putera dan Pergerakan Wanita Umno tidak perlu lagi kerana menyebabkan berlaku politik wang akibat berebut jawatan.

Inilah luahan yang semakin nyaring. Ia tiba-tiba muncul ketika demam pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu belum kebah lagi.

Bagi Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat petanda yang menimpa rumah tangga Umno sekarang semakin jelas, retak menunggu belah.

"Kalau sebelum ini media yang mengampu Umno mendakwa Pakatan Rakyat retak menunggu belah, sedangkan hakikat sebenar situasi itu berlaku dalam Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Petanda yang berlaku sekarang tidak mampu lagi dinafikan, bukankah keruntuhan tamadun bermula dengan konflik dalaman dan disokong gerak geri musuh dari luar," katanya di sini.

Menurutnya kenyataan yang dikeluarkan veteran Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen sebenarnya tidak mengejutkan kerana pemimpin Umno sendiri mempamerkan parti itu menuju ke arah kehancuran.

Kata beliau kes demi kes politik wang yang sudah lama membelit pemimpin Umno kini terpaksa diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila gagal ditangani Lembaga Disiplin Umno.

Zainuddin berkata, 'lelangit' tempat bergantung Umno sekarang sudah gonyang sehingga ada di kalangan pemimpin Umno mencadang digubal undang-undang antilompat parti bagi mengelakkan parti itu merudum dengan lebih cepat.

Mereka sedang merasai betapa resahnya tanpa kuasa politik selepas tindakan nekad Adun Bota, Dato' Nasaruddin Hashim meninggalkan parti itu dan menyertai KeADILan.

Sedangkan cadangan seperti itu sudah lama dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, namun ditolak mentah-mentah Mahkamah Agung.

Dun Kelantan telah meminda perlembagaan negeri Perkara XXX1A yang menyatakan sekiranya seorang Adun meninggalkan parti atau dipecat maka kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya menjadi kosong.

Bagaimanapun Mahkamah Agung menolak pindaan tersebut dengan alasan bertentangan dengan Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan.

Zainuddin yang juga Adun Limbongan berkata, kerajaan PAS di Kelantan sudah merasakan apa yang ditanggung Umno sekarang, namun Umno dilihat cukup gawat dan amat bimbang.

Oleh itu beliau mengajak wakil-wakil rakyat BN berhijrah ke Pakatan Rakyat sebelum mereka jatuh bersama parti itu, yang mana kini sedang bergelosor turun.

Harakah
30/01/09

1 comment:

  1. Please DIE UMNO!!! PLEASE DIE!! WE DONT WANT RACIST PARTY LIKE YOU. KEEP UR KERIS IN WARDROBE. ONE DAY WILL BE USEFUL TO TIKAM DIRI SENDIRI. PLEASE GO TO HELL. I CURSE UMNO AND BN TO LOOSE IN THE NEXT GE.

    ReplyDelete