Pages

ISA: Mahkamah BABI tolak pembebasan Adun Kota Alam Shah~malaysiakini

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan tidak dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara oleh Hakim Dato' Nik Hashim Nik Ab Rahman, Dato' Augustine Paul dan Dato' Zulkefli Ahmad Makinuddin untuk menolak rayuan Manoharan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan habeas corpus yang dikemukakannya tahun lepas.

Bernama melaporkan, dalam kehakiman tersebut, panel hakim berkata mereka berpuas hati bahawa Manoharan telah gagal untuk menyakinkan mahkamah bahawa penahanannya adalah tidak sah.

Ini merupakan kali kedua Manoharan, 49, gagal dalam usaha untuk dibebaskan daripada tahanan ISA di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping.

Manoharan ditahan pada 31 Disember 2007 kerana didakwa terbabit dalam penganjuran protes jalanan di Kuala Lumpur pada 25 November tahun yang sama serta membuat kenyataan berbau hasutan terhadap kerajaan.

Manoharan sebelum ini memfailkan permohonan habeas corpus pada kali pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ditolak pada 26 Disember 2007.

Rayuannya di Mahkamah Persekutuan juga ditolak pada 14 Mei tahun lepas.

Beliau memfailkan satu lagi permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi mencabar kesahihan perintah tahanan bertarikh 13 Disember 2007 yang dikeluarkan mengikut Seksyen 8(1), ISA tetapi sekali lagi ditolak oleh mahkamah pada 8 September tahun lepas.

Pada 12 November tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekali lagi menolak permohonan habeas corpus.

Peguam A. Srimurugan memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak mungkin mengancam keselamatan negara kerana dia merupakan wakil rakyat yang dipilih pada pilihanraya umum ke-12 tahun lepas.

Timbalan Pendakwaraya Najib Zakaria, yang bertindak bagi pihak menteri dalam negeri, berkata alasan pemilihan sebagai wakil rakyat adalah tidak relevan kepada penahanan itu.

No comments:

Post a Comment