Pages

Kaji ISA hanya janji kosong Najib

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) cawangan Johor Bahru menggesa kerajaan membebaskan kesemua tahanan ISA supaya mereka dapat dibicara di mahkamah.

"Kami mengutuk segala cara yang memperalatkan tahanan sebagai aset politik atau mendapat faedah politik daripadanya.

"Kami berasa sangat dukacita bahawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak hanya mengumum melepaskan 13 tahanan ISA, tetapi bukannya semua tahanan ISA." kata kenyataan Suaram Johor Bahru hari ini.

Selain itu, Suaram JB kesal dengan kenyataan Najib yang hanya mahu mengkaji semula akta ISA.

Sedangkan akta itu sepatutnya dimansuhkan kerana ia hanyalah alat politik untuk menjaga survival politik BN sahaja yang pastinya tidak akan dimansuhkan, katanya.

Walhal sejak pilihan raya umum lalu, keinginan perubahan di kalangan rakyat begitu kuat agar ISA itu dimansuhkan, katanya.

Sehingga 10 Disember 2008, masih terdapat 46 orang yang ditahan di bawah ISA.Mereka termasuklah 16 orang dari Jemaah Islamiyah, 13 orang ahli Darul Islam, 10 orang yang terlibat dalam aktiviti pemalsuan dokumen, lima pimpinan HINDRAF, dan dua orang lagi merupakan perisik dari luar Negara.

Suaram JB berpendapat bahawa, Najib hanya mengumum untuk membuat kajian semula terhadap akta ISA bukannya memansuhkan ISA.

Ia jelas menunjukkan kerajaan BN masih berniat untuk terus menggunakan akta ini sebagai alat untuk menindas kalangan rakyat, katanya.

Najib tidak memberitahu secara teliti tentang pelan yang lebih teliti dan objektif tinjauan tersebut, kata Suaram JB.

"Ini menunjukan niat kerajaan BN hanyalah mermotif politik untuk memujuk rakyat, bukannya betul-betul berhasrat untuk berubah.

"Mengikut rekod BN yang selalu memberikan janjian-janjian kosong, kita yakin bahawa BN tidak akan membuat sebarang tindakan untuk memansuhkan akta ISA," katanya.

Sehubungan itu Suaram JB menyeru bahawa rakyat haruslah terus menyokong tuntuatan GMI untuk memansuhkan akta ISA yang zalim.

Rakyat perlu memberi tekanan terhadap kerajaan untuk memansuhkan ISA sehinggalah akta zalim ini betul-betul dimansuhkan, katanya


Harakah
13/04/09

No comments:

Post a Comment