Pages

Mamak Mahathir berkempen di Bkt Gantang

Mahathir Mohamad mengambil langkah luar dugaan apabila bersedia turun berkempen membantu calon BN Ismail Saffian, Ahad ini.

Mantan perdana menteri dijadual menemui pengundi di Taman Kaya atau Taman Kota Jaya dalam DUN Changkat Jering.

Bagaimanapun, menurut setiausaha bahagian Umno Bukit Gantang, pejabat bekas presiden Umno itu belum menetapkan masa kehadirannya.

"Ia (masa) akan diketahui dalam sedikit masa lagi," kata Jamail Idris.

Dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, Ismail berdepan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon bebas, Kamarul Ramizu Idris.

Kehadiran Mahathir, yang ingin berhasrat kembali kepada Umno setelah meninggalkan parti itu Mei tahun lalu, nanti kali pertama dalam pilihanraya kecil selepas membantu anaknya Datuk Mukhriz di Jerlun dalam pilihanraya umum lalu.

Ahli jawatankuasa Umno bahagian itu Mohamad Saadin Yusof mengalu-alukan kedatangan tokoh itu untuk turut berkempen dan percaya ia akan memberi semangat baru kepada penyokong Umno.

"Mereka (ahli Umno) yang sebelum ini tidak mengundi parti itu, akan mengundi BN semula.

"Sudah tentu kehadiran Mahathir akan memberi kekuatan tambahan kepada BN," katanya.

Malaysiakini
01/04/09

1 comment:

  1. Aya it does not matter whether Mahathir turun padang at Bk.Gatang.
    Nizar is going to loose anyway because the Malays know that Nizar is not fit to represent the malays in Perak. Full stop.
    Mahathir is just cashing in the credit for it. After this he will be seen as a hero to come back in UMNO.Nothing grand about it.
    Simple mathematic laaa.

    ReplyDelete