Pages

Kenapa orang Islam sahaja yang boleh terpesong dengan ajaran agama lain tetapi orang yang beragama lain tidak senang terpesong, Kelemahan dimana?

Sumpah raja-raja Melayu pertahankan kesucian agama Islam — Utusan Malaysia

JAN 13 — Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada semua pihak umat Islam yang bernaung di bawah negeri itu supaya berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam diharap turut memberi mesej kepada kerajaan negeri yang mempunyai Sultan masing-masing.

Ini kerana kesucian agama Islam bukan sahaja wajib dipelihara oleh Kerajaan Pusat tetapi juga semua kerajaan negeri.

Sebagai Ketua Agama Islam negeri, apa yang dititahkan oleh Sultan Selangor itu adalah tepat. Martabat dan kesucian agama Islam tidak patut direndah-rendahkan oleh sesiapa pun.

Apatah lagi jika ada pihak yang sengaja hendak menyelewengkan penggunaan kalimah suci “Allah.”

Kita sudah melihat kesan tidak baik hasil tercetusnya gerakan yang cuba melakukan penghinaan kepada agama rasmi negara serta Perlembagaan Persekutuan.

Semua pihak berasa tidak selesa dan tenteram. Ancaman dan pembakaran gereja tidak patut berlaku. Golongan yang cuba mencemarkan nama baik Islam ini perlu diburu dan diambil tindakan undang-undang.

Alangkah baiknya jika sebelum kejadian Jumaat lalu, ada pihak yang memahami dan menghormati agama Islam, maka tiada apa yang hendak dibimbangkan. Semua kaum boleh menjalankan amalan agama masing- masing tanpa ragu-ragu soal keselamatan.

Kini terjemahan kepada perkataan Tuhan telah mengundang kekeliruan dan sensitiviti keagamaan serta mengundang perasaan tidak harmoni di kalangan umat Islam dan Kristian.

Kini, rakyat mengharapkan agar Sultan-sultan sebagai Ketua Agama Islam negeri turut berpendirian seperti Sultan Selangor.

Malahan, amat penting pada masa ini majlis-majlis agama negeri memaklumkan kepada rakyat sama ada wujud atau tidak undang-undang menghalang penggunaan kalimah Allah dalam agama bukan Islam.

Kita yakin, jika maklumat ini ada, ia harus diterima dan difahami oleh semua rakyat berbilang kaum dan agama. Jadi tidak timbul usaha untuk mempertikaikan penggunaan kalimah ‘Allah’ yang khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan atau dimasukkan dalam agama lain.

Perlembagaan menetapkan Islam agama rasmi Persekutuan dan keputusan membenarkan penerbitan Herald —The Catholic Weekly mengguna perkataan

“Allah” jika diteliti sebenarnya bertentangan dengan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan negara.

Semua pihak diharap sentiasa ingat bahawa penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam sepatutnya tidak dibicarakan di mahkamah kerana institusi itu bukan forum sesuai. Perkara melibatkan agama Islam adalah di bawah bidang kuasa Raja-raja Melayu.

Jadi kalau mahu dikatakan Sultan Selangor telah campur tangan dalam isu ini, tindakan itu adalah wajar kerana tanggungjawab baginda selaku Ketua Agama Islam negeri dan selaras dengan sumpah Raja-raja Melayu untuk mempertahankan Islam pada setiap masa.

This is the personal opinion of the writer or the newspaper. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.
13/01/2010

1 comment:

  1. "Allah" dalam Islam, adalah "Allah" yang diidentifikasi sebagai "Allah"nya Ibrahim yang terdapat dalam sejarah perjalanan israel lalu berlanjut ke Kristen atau Nasrani. Sehingga Muslim tidak bisa begitu saja mengklaim "Allah" itu miliknya. Atau boleh saja mengklaim tapi oknum "Allah" itu mesti dirubah, tidak merujuk ke "Allah"nya Ibrahim. Kalau dipaksa juga ya lucu dong, masa mengambil milik orang lantas mengklaimnya sebagai miliknya lalu tragisnya melarang orang itu untuk memakainya? Ingat oknum "Allah"nya Ibaraim sudah dipakai Kristen ratusan tahun sebelum Islam Lahir.
    Anda coba berpikir, bagaimana jadinya bila Yahudi melarang pemakaian Ibaraim atau segala yang merujuk ke Ibrahim (termasuk "Allah" itu), untungnya Yahudi tidak sepicik sebagian kaum Muslim seperti di Malaysia. Untungnya juga Kristen (Nasrani) tidak melarang memakai hal-hal yang merujuk ke ajaran mereka (kutipan-kutipan di Quran).
    Wahai kaum muslim Malaysia, pakailah fakta dan nalar sejarah dalam bertingkah, jangan pakai kebodohan dengkul kalian. Jangan lagi terus-menerus mengacaukan umat serta bangsa lain dengan cara-cara kotor seperti mengekspor teroris Noordin O. Top, dr. Azhari dan sebagainya. Bersainglah secara sehat dan beradab.

    ReplyDelete