Beberapa ratus menyertai demonstrasi di Masjid Negara selepas solat Jumaat sebentar tadi bagi membantah penggunaan perkataan Allah di penerbitan Katholik yang kini menjadi kontroversi.
herald allah verdict protest masjid negara 080110 protesters 02Perhimpunan dianjurkan dua pertubuhan Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).
Demonstrasi membantah isu yang sama turut diadakan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan masjid negeri di Shah Alam.
Perhimpunan anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di tengah ibu kota itu dihadiri kira-kira 50 orang. Ia berlangsung hampir 20 minit.
Mereka menaikkan sepanduk bertulisan, antaranya, 'Jangan cabar toleransi Islam' dan 'Kalimah Allah hanya untuk kami', selain membacakan perisytiharan yang mengandungi tujuh tuntutan.
herald allah verdict protest shah alam masjid 080110 banner against khalid samadDi Shah Alam, beberapa orang kelihatan melepaskan kemarahannya terhadap ahli parlimen PAS bagi Shah Alam, Khalid Samad, yang bersetuju istilah Allah digunakan oleh penganut Kristian.
Orang ramai turut menurunkan tandatangan pada petisyen bantahan di Masjid Negara dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Pada 31 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya.
Keputusan itu mengundang reaksi negatif banyak kelompok dalam masyarakat Islam dalam tempoh seminggu ini.
Mahkamah yang sama bagaimanapun menangguhkan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan daripada Kementerian Dalam Negeri.
MK
08/01/2010

UMNO buat bantahan rakyat tak sokong. Beberapa ratus sahaja yang menyertai bantahan. sesungguhnya, masih ramai saudaraku yang islam masih boleh berfikir dengar waras. Yang ikut bantahan itu cuma pencacai UMNO. Lihatlah sepanduk yang ditulis. "Peliwat Agama". Islam tak mengajar pengikutnya menghina bangsa seagama seperti ini.
ReplyDelete