Pages

Satu Lawan Satu, Umno Tidak Menentu

Calon Pakatan Rakyat daripada PKR, Datuk Zaid Ibrahim bakal berentap dengan calon MIC (BN), P Kamalanathan apabila kedua-dua calon Bebas, Johan Mohd Diah VS Chandran menarik diri yang memungkinkan pengaruh Umno kian tidak menentu dan terus dilihat serong.

Dengan pertembungan satu lawan satu antara Zaid dan Kamalanathan pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad ini, tentunya bakal menjadi aras tanda untuk Pakatan Rakyat dan MIC sendiri.

Sekiranya Zaid menang majoriti, bermakna rakyat seolah-olah kekal setia bersama-sama Pakatan Rakyat dan PKR.

Manakala, sekiranya Kamalanathan menang, sekurang-kurangnya Presiden MIC, Datuk Seri S. Sammy Vellu boleh mendabik dada mengatakan bahawa rakyat kian kembali percaya pada parti perkauman India itu manakala Umno tidaklagi dipandang di situ.

Dalam perkembangan yang lain, Ahli Parlimen Bebas, Datuk Paduka Ibrahim Ali (Pasir Mas) dilaporkan membuat sokongan terbuka kepada Kamalanathan.

Beliau yang sebelum ini cuba membuktikan dirinya sebagai Bebas serta pejuang sebenar Melayu berbuat demikian demi memastikan calon MIC tersebut memenangi pilihan raya kecil kali ini.

Suatu sumber memberitahu bahawa, walaupun Ibrahim dilaporkan berkempen untuk seorang calon yang bukan berbangsa Melayu, beliau konsisten mempertikai tindakan kerajaan Pusat dan Umno sendiri menjalinkan hubungan dengan Firma Perunding Antarabangsa APCO Wordwide (IAC).

Seperti yang dipercayaai umum, Ibrahim juga dilihat seakan menganggap bahawa APCO merupakan firma perunding yang mempunyai hubungan tidak langsung dengan Zionis-Israel, sebagaimana yang dibongkarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat dua minggu yang lalu.

Bagaimana pun, ramai juga yang menganggap bahawa pendirian Ibrahim itu sekadar menuruti pendirian Penasihat Perkasa sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

20/04/10

No comments:

Post a Comment