Pages

NAMAKAN KUCING PARSI NAJIB DENGAN JENAMA PERISTIWA PERISTIWA 1MALAYSIA

Sebagai langkah popularitinya, Datuk Seri Mohd Najib Razak meminta orang ramai memberikan nama kepada kucing Parsi yang baru dibelinya sempena kempen belilah barangan buatan Malaysia. Langkah ini suatu langkah yang sangat baik dan wajar dialu-alukan dalam usaha untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat.

Sebagai rakyat Malaysia sewajarnya menyambut baik dan mengambil peluang yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk menamakan kucing Parsi tersebut. Saya mewakili sebahagian rakyat Malaysia berharap PM bersedia mempertimbangkan beberapa cadangan seperti berikut:-

Kucing Persia : PKFZ

Scorpene

F5E

Sime Darby

L dan M

KTM Tanjung Pagar

Ban Judi Bola

Kem Sungai Besi

GST

Ban Subsidi

APCO

PRK SIBU

Monggolia / Altantuya

Langkah Najib ini memberi peluang pada rakyat untuk berkongsi pandangan dan cadangan menjenamakan kucing Parsi Najib dengan jenama Malaysia berasaskan peristiwa-peristiwa yang berlaku disepanjang Najib memegang jawatan TPM dan PM. Dengan menjenamakan jenama-jenama di atas maka Najib dan seluruh rakyat Malaysia akan terus mengingati peristiwa-peristiwa hitam sebagai sejarah 1 Malaysia.

DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS

No comments:

Post a Comment